DEBUT Ghadar Cover

Mohammed Ghaddar: Aset Penting Ulisses Morais Dalam Misi Kejuaraan Liga Super Ke-4 Berturut-turut.

Penyerang kebangsaan Lebenon yang menguasai penjaring terbanyak di Malaysia Super League mencetuskan kontroversi selepas berpindah ke selatan tanah air untuk bersama dengan pasukan Johor Darul Ta’zim semasa pertengahan musim yang lalu.

Penyerang prolifik ini merupakan seorang ‘Target Man’ yang dikhususkan untuk menggempur pertahanan pihak lawan. Beliau mempunyai tahap kawalan bola yang baik dan sentiasa dapat menghidu peluang untuk menjaringkan gol.

[AdSense-B]

Setakat ini sehingga penghujung bulan Julai, penulis merasakan pembelian Ghaddar adalah sangat berbaloi. Boleh dikatakan Ghaddar menjaringkan gol disetiap perlawanan.

Ini boleh dibuktikan dengan statistik yang dicatat. Lihat statistik tersebut di bawah ini.

Morais berjaya mengubah Ghaddar dari ‘one man game’ kepada ‘teamplay’

Morais jangka cabaran sengit

Semasa beliau berada dengan pasukan Kelantan kita melihat penyerang ini banyak bermain dengan ‘one man show’ atau bersendirian. Ini disebabkan kualiti dan ‘squad depth’ Kelantan tidak lah sekuat mana.

Tetapi bersama pasukan JDT dengan kehadiran ketua jurulatih baru, Ulisses Morais, beliau berjaya diubah menjadi seorang ‘team player’. Ini lebih membantu beliau menjadi seorang ‘target man’ yang lebih merbahaya di dalam kotak penalti lawan.

[AdSense-B]

Beliau berjaya mencipta ‘space’ untuk rakan-rakan lain menjalankan tugas dan menjaringkan gol. Malah beliau semakin selesa untuk membuat gerakan yang menarik dan mencipta peluang gol.

Tiada lagi ‘ Ghaddar Rules’

Di Kelantan, jelas mereka bermain dengan ‘Ghaddar rules’. Pada mulanya penulis berasa khuatir kerana di JDT mereka bermain dengan ‘Safiq rules’.

Namun sangkaan penulis sedikit meleset. Jelas perbezaan yang ketara ditunjukkan oleh Ghaddar di JDT berbanding beliau ketika bersama Kelantan.

Semasa di Kelantan seperti yang penulis katakan, beliau sentiasa menanti hantaran-hantaran yang tepat dan cantik kepada beliau di ‘final third’. Tetapi di JDT, beliau lebih banyak berlari untuk mencipta ruang dan peluang.

Kita semua boleh lihat beliau banyak melakukan larian tanpa bola untuk melakukan jaringan. Inilah corak permainan yang sangat ketara bezanya ketika beliau di JDT.

6 gol Ghaddar bersama pasukan JDT.

Setelah 8 perlawanan yang diharungi bersama pasukan JDT selepas bermula sesi kedua untuk musim 2017, Ghaddar berjaya menjaringkan 6 gol.

Dari statistik ini membuktikan beliau seorang penyerang yang merbahaya dan sentiasa membuat pertahanan lawan dalam keadaan yang tertekan.

[AdSense-B]

Ghaddar mula sayangkan JDT

Dengan komitmen yang beliau tunjuk kan disetiap perlawanan ini membuktikan beliau betul-betul meletakkan hati beliau bersama Johor Darul Ta’zim.

Setiap perlawanan beliau sentiasa menjaringkan gol sudah cukup membuktikan beliau menyayangi pasukan JDT.

Dan baru-baru ini beliau meraikan gol dengan mengangkat jersi Marcos Antonio tanda sokongan terhadap ‘tanker’ JDT tersebut.

Calon Pemain Terbaik Julai 2017 Anjuran PFAM

Ghaddar juga dipilih oleh PFAM sebagai salah seorang calon pemain terbaik bulan Julai 2017. Kami berharap semua penyokong JDT dapat memberikan undian kepada Mohammed Ghaddar. Sila undi dengan klik link ini >> http://pfam.my/superjul2017/

Adakah Ghaddar masih releven untuk musim 2018

Ghaddar sudah berusia 33 tahun pada tahun ni. Bagi penulis untuk arena Liga Super, Ghaddar masih releven untuk bermain di pasukan utama, paling tidak beliau masih boleh membantu dalam pembentukan Hazwan Bakri dengan memberi tekanan kepada beliau untuk merebut tempat di kesebelasan utama.

[AdSense-B]

Kesimpulan

Bagi penulis Ghaddar merupakan salah satu permata yang bersinar di selatan tanah air selain Natxo Insa, Safiq Rahim dan Fadhli Shas. Penulis merasakan pembelian ini sangat berbaloi oleh pasukan JDT.

Penulis mengharapkan beliau akan terus kekal dan bersara di Johor Darul Ta’zim.

Baca juga: Ulisses Morais Si ‘Pencuri Hati’ JDT

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: