Morais Vs Kl

Morais: JDT Gagal Manfaatkan Peluang

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Ulisses Morais menyifatkan kegagalan anak buahnya menjaringkan gol ke atas Kuala Lumpur yang memperaga corak permainan bertahan sebagai satu situasi yang jarang berlaku pada musim ini.

Kuala Lumpur memperagakan aksi penuh kental untuk mempertahankan kelebihan satu gol apabila perlawanan terpaksa ditangguhkan susulan permukaan padang yang ditakungi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur semalam sekali gus memberikan kemenangan pertama buat tuan rumah yang juga kekalahan pertama buat juara Liga Super itu musim ini.

[AdSense-B]

JDT melakukan 18 percubaan ke arah gawang gol Kuala Lumpur yang menyaksikan Kamarul Effandi Rahim berjaya menyelamatkan lapan percubaan sementara pertahanan, Hisyamuddin Shaari mengeluarkan satu percubaan di atas garisan gol.

“Pasukan besar seperti JDT tidak pernah menyalahkan pemain apabila kami tewas dalam perlawanan seperti ini. Ini adalah bola sepak tetapi jika kami terus menunjukkan aksi sebegitu dan mencipta banyak peluang, jadi sudah pasti kami akan meraih kemenangan berbanding kekalahan.

“Kebiasaanya, kami berjaya menjaringkan dua atau tiga gol apabila mencipta begitu banyak peluang tetapi ia tidak berlaku pada perlawanan kali ini. Itu bukanlah alasan kerana kesilapan kami adalah membiarkan lawan menyempurnakan peluang yang diperolehi,” kata Morais.

Sebaik sahaja perlawanan dimulakan, Morais mengeluarkan pertahanan, Adam Nor Azlin dan memasukkan pemain sayap, Safawi Rasid untuk membantu jentera serangan.

[AdSense-B]

“Ia adalah pertukaran secara strategi kerana kami perlu menyerang memandangkan kami sedang ketinggalan. Ini risiko yang perlu kami ambil.”

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Perlawanan Antara Kuala Lumpur Dan JDT Ditangguh Ke Esok Petang

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: