Ulisses Morais Coach Baru JDT

Morais Masih Belum Mahu Memikirkan Mengenai Final Piala Malaysia

 

Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Ulisses Morais menegaskan masih belum mahu memikirkan mengenai aksi final Piala Malaysia berdepan juara bertahan, Kedah pada 4 November ini.

Sebaliknya, jurulatih kelahiran Portugal itu lebih selesa untuk memberi fokus sepenuhnya bagi aksi terakhir Liga Super yang juga berdepan skuad Helang Merah di Stadium Darul Aman, Sabtu ini.

[AdSense-B]

Biarpun JDT sudah mengesahkan kejuaraan liga, Morais tetap tidak memandang mudah aksi terakhir itu bagi memastikan JDT menamatkan saingan liga musim ini dengan kemenangan.

“Saya tidak akan menurunkan skuad kedua untuk berdepan Kedah (dalam aksi terakhir liga). Saya perlu menyenaraikan pemain terbaik kerana kami akan cuba mencari kemenangan pada perlawanan terakhir.

“Kami mahu mendapat lebih banyak kelebihan (untuk ke final Piala Malaysia), malah kami juga mahu menamatkan saingan liga dengan keputusan yang baik.

“Selepas perlawanan itu kami mempunyai masa, walaupun tidak terlalu lama sebelum final. Jadi kami akan fokus dulu perlawanan liga dan selepas itu barulah akan fikir mengenai final,” katanya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.

[AdSense-B]

Pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos malam tadi, jaringan Gonzalo Cabrera, Gabriel Guerra dan Darren Lok pada babak kedua membolehkan JDT menewaskan Perak 3-0.

Keputusan itu menyaksikan JDT mara ke final piala berprestij itu buat kali kedua dengan kelebihan agregat 4-1 selepas mereka terikat 1-1 pada aksi pertama di Ipoh, Ahad lalu.

Ulissess Morais

Ketika ditanya mengenai persembahan Guerra yang tampak sudah kembali berada pada prestasi terbaik, Morais menjelaskan kejayaan pasukannya adalah hasil kerjasama berpasukan dan bukan kerana kehebatan individu.

“Seperti semua pasukan, kita tidak melihat kepada persembahan individu. Tapi Guerra berjaya menjaringkan gol (malam tadi) dan ia berbeza dengan permainannya ketika di Perak.

[AdSense-B]

“Namun, apa yang penting kami sudah mara ke final dan saya gembira dengan persembahan semua pemain,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Reinkarnasi Danakitri Harimau Selatan

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: