JDT Juara Piala Malaysia 2017 700

Morais Tinggalkan JDT Atas Faktor Kesihatan Keluarga

Satu jam yang lepas, jurulatih Morais ada mengeluarkan satu kenyataan di laman fanpage rasmi Johor Southern Tigers untuk berundur dari menguruskan JDT atas faktor kesihatan keluarga. Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

JDT SENTIASA DI HATI SAYA

Hari ini adalah hari yang sangat menyedihkan buat saya, tugasan saya berakhir di kelab terhebat ini. Segala hal dalam kehidupan perlu ada keutamaan. Di atas sebab-sebab kesihatan keluarga, saya terpaksa meninggalkan anda dan kelab ini.

Saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua kakitangan, pemain dan seluruh struktur sepanjang sembilan bulan kami menghabiskan bersama-sama dengan begitu banyak pencapaian dan kejuaraan yang dicapai. Juga kepada pembantu jurulatih setia saya, Rui Rodrigues yang menemani saya selama ini, terima kasih. Bersama anda, tugas disini menjadi lebih mudah.

[AdSense-B]

Kepada para penyokong, terima kasih diatas sokongan, ambil berat dan penghormatan yang sentiasa diberikan setiap hari. Perlawanan demi perlawanan telah menjadikan kami menjadi terbaik di dalam setiap perlawanan. Kepada Encik Jay, Alistair Edwards dan Mr. Davids, saya memberitahu anda diluar sana, sebenarnya mereka adalah orang yang sangat penting di kelab hebat ini.

Kepada Martin Prest, semuanya bermula dengan anda. Anda adalah teman sejawat, penyokong setia, kaunselor, rakan dan individu yang sangat profesional. Anda sebenarnya seorang lelaki yang hebat dengan kebijaksanaan dan keupayaan anda. Terima kasih atas segala-galanya.

JDT juara piala malaysia 2017 2

Dan yang terakhir sekali, kepada nadi utama dan jantung utama kelab hebat ini, DYAM Tunku Mahkota Johor. Seorang lelaki muda yang tidak dapat dinafikan bakat, kepintaran dan kepimpinan yang dimiliki. Dilahirkan sebagai juara. Saya berkongsi pendapat dengan baginda berjam-jam dalam satu hari, sama ada di rumahnya atau di kelab di mana baginda selalu melayan saya dengan penuh penghormatan, pendidikan dan persahabatan, memenuhi semua keperluan untuk berjaya sehingga saat terakhir saya di sini. Baginda adalah seorang yang berwawasan. Apa yang difikirkan, tidak lama selepas itu ia akan berlaku. Dengan mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap penyokong dan masyarakat Johor, menjadikan baginda adalah yang terbaik.

[AdSense-B]

Tidak ada lagi ucapan lain yang diperlukan untuk mengucapkan terima kasih di atas masa yang kami habiskan bersama-sama dengan banyak meraih gelaran yang dijuarai. Terima kasih ikhlas daripada saya. Saya akan terus kekal dalam sejarah JDT dan sentiasa berada di dalam hati. Semoga berjaya pada masa akan datang hingga selama-lamanya.

Ulisses Morais, Ketua Jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim

Kami mengucapkan terima kasih atas jasanya dan JDT dapat penganti jurulatih yang lebih bagus dan terbaik dari beliau. Moga prestasi JDT tidak terjejas dengan pengumuman ini.

Baca juga: JDT Tewaskan Melaka United 3-0, Pendahulu Liga Super 2018 Buat Seketika

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: