HF FT Mtd Cover

Muangthong United 5-2 Johor DT: Malam Yang Mahu Dilupakan Oleh JDT

Berikut adalah ulasan yang dikeluarkan oleh penganalisa terkenal bola sepak di Malaysia iaitu Axello Mane:

Game ini sebenarnya JDT serahkan diri untuk dibuli pada separuh masa pertama.

Mereka berterusan dipecah masuk di kawasan pertahanan.

Sangat slow to response dengan gol pendahuluan. Morais tidak melakukan arahan lebih tegas dalam taktikal.

4-3-3 secara asasnya memang akan membantuk pertahanan 4-5-1. Dalam 4-5-1, flanker automatik akan drop deeper dan track back side back ataupun wingback lawan.

Itu tak berlaku tadi. Dalam perlawanan tadi, Syafiq Ahmad dan Hazwan Bakri sangat low involvement di defensive half.

Mereka seperti menjadi target man, Diaz tu acceptable kalau dia tak drop sebab dia frontman dalam sistem attacking 3.

Di tengah pula, Safiq-Natxo gagal membentuk cohesion dengan Hariss Harun.

Hariss seperti budak baru masuk padang dan tanya abang-abang, saya nak main kat mana ni bang? Lihat gambar aku upbawah ni. Itulah gambaran Hariss Harun dalam game ni.

Tiada organisasi yang jelas di tengah. Safiq terlalu fokus on action dan dia tak organise.

Satu perkara yang JDT hilang ada vice captain. Kalau ada Aidil, dia akan bantu Safiq Organize. Marcos Antonio pun boleh organise.

Aku bukan nak cakap kalau ada 2 mamat ni JDT akan menang. Maksud aku, bila tiada pemain yang seperti ini anda akan lihat Safiq Rahim tak mahu buat banyak sangat kerja.

Dah la dia nak track back sampai ke deepest block.

Mereka mencari inspirasi dari somewhere dalam game ini. Dan mereka tak dapat.

Isu fitness jelas sekali 2 team ni berbeza. Muangthong seperti pasukan yang segar dan JDT seperti pasukan yang baru bermain 1 game sejam sebelum game ini.

Aspek space defending, ball defending dan half space defending. Tu nanti aku ulas dalam analisis.

Cuma aku nak rumuskan kali ini, JDT tak tampil dengan karakter yang sepatutnya dalam game ini. Kreatviti tak ada, terlalu banyak bergerak di wide area, gelecek lepas tu fall back passes.

Cross banyak terus ke keeper lawan. Boleh dikatakan mengecewakan sebab 2 tahun berturut-turut kita menyaksikan pasukan JDT yang lebih desire dalam perlawanan seperti ini.

Macam aku cakap tadi. satu perkara yang baik untuk JDT adalah Diaz buktikan dia adalah finisher.

Aku tak ingat ada ke perlawanan JDT lagi teruk daripada ini sejak beberapa musim ini?

Selamat malam semua.

Apa kata penyokong JDT? Bagi kami, perjalanan masih jauh untuk musim ini. Banyak masa ada untuk memperbaiki segala kelemahan. Kita sentiasa menyokong JD.

Baca juga: JDT Mahu Layak Ke Piala ACL Dalam Percubaan Keempat


Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: