1

Mudahnya Buat Langsir Tutup Bawah Sinki. DIY Guna Gam Pun Tetap Nampak Kemas

“Serabut pulak tengok macam-macam benda bawah kabinet dapur tu. Ingat nak buat pintu, tapi kenalah kumpul duit dulu. Takkan nak biar macam tu je.”

Rasa tak seronok pula bila tengok bawah sinki atau table top dapur tu ‘telanjang’ macam tu, kan? Nampak bersepah saja walaupun  dah disusun semua barang elok-elok.

Apa kata cuba DIY sendiri langsir table top di rumah dengan tips yang dikongsikan oleh Syuki Cuki ini. Nampak kemas, praktikal dan yang penting jimat. Senang saja membuatnya tau. Jom kita tengok cara-caranya di bawah. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN / PERALATAN YANG DIPERLUKAN

  • Kain langsir
  • Velcro tape
  • Gam Dunlop

LANGKAH-LANGKAH

1. UKUR

  • Mula-mula kena ukur dululah berapa ketinggian dan panjang table top tu. Sebelum pergi kedai nanti, pastikan dah ada ukuran. Kalau nak buat jenis ropol-ropol, lebihkan sedikit panjang kain. Kalau nak buat yang jenis straight saja, barulah beli kain tu ngam-ngam ikut ukuran.

2. BELI KAIN LANGSIR

  • Terpulanglah nak jenis kain macam mana untuk dibuat langsir. Ada yang minat kain jersi, kain cotton atau apa-apa jenis kain. Kalau nak nampak beralun, pilihlah kain yang lembut ya.
  • Kalau boleh jahit sendiri, jahitlah sendiri atau beli jenis siap dan DIY mana yang boleh. Ada juga nampak orang guna shower curtain dan potong ikut ukuran table top. Kalau tak, upahlah siapa-siapa yang boleh jahitkan.

3. VELCRO TAPE

  • Barang seterusnya yang kita nak guna ialah velcro tape. Bagi yang tak tahu mana nak dapat velcro tape ni, boleh cari dekat kedai barang jahitan, kedai barang pengantin, Nagoya atau yang sewaktu dengannya. Saya beli di Nagoya, harga untuk 1 meter baru RM2.50. Lebarnya tu ikutlah kesesuaian. Jangan ambil yang terlalu halus sebab takut tak kuat nak tampung berat kain langsirnya nanti.
  • Velcro tape ni ada 2 sides – sebelahnya kasar dan sebelah lagi lembut. Yang lembut tu jahitkan pada kain. Yang kasar untuk kita tampal dekat table top nanti.

4. GAM DUNLOP

  • Gam ini kita gunakan untuk lekat velcro tape sebelah yang kasar tu pada table top. Insha Allah boleh menampung berat kain. Gam Dunlop boleh dibeli di kedai hardware. Beli yang paling kecil sebab nak pakai sikit saja.

5. TUNGGU GAM KERING

  • Bila dah lekatkan, tunggu kejap gam bagi betul-betul kering. Tekan-tekan sikit dengan benda berat supaya tape tu betul-betul kukuh. Lepas tu dah bolehlah ambil kain langsir dan lekatkan pada table top. 

Tadaa!

SIAP!

Memang praktikal kalau guna velcro tape berbanding jenis ring atau dawai. Selain nampak lebih kemas, nanti nak cuci pun mudah. Boleh tanggalkan dan terus masukkan dalam mesin basuh. Lepas tu boleh pasang balik dengan cepat dan senang.

Selamat mencuba ya.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: