Resepi Ayam

Nak Cepat Kurus Sebelum Raya? Boleh Cuba 9 Resipi Masakan Ayam Ini

Bulan Ramadhan pun dah nak dekat, lepas tu Hari Raya kan? Semua orang mesti nak nampak cantik dan kurus masa menyambut Hari Raya. Kalau begitu, anda kena mula menjalani gaya hidup sihat bermula dari sekarang. Pemakanan harus dijaga dengan makan makanan yang kurang minyak, seimbang dan berkhasiat. Kalau nak kurus sebelum raya akan datang, anda boleh cuba resipi masakan ayam yang sedap-sedap belaka dari laman Facebook Coach Yatie Nadzil ini ya, mana tahu menjadi!

9 RESEPI AYAM UNTUK KURUS

Bosan dengan menu sihat yang sama? Nak masak makanan sihat tapi google resepi semua banyak minyak garam n serbuk perasa? . . Nah saya sharekan 9 resepi sihat dan eat clean untuk yang turun berat badan. Tips Masak secara sihat iaitu kurang garam dan gula , tanpa serbuk perasa kiub atau ajinomoto, tanpa minyak ( kukus & bakar ) – menggunakan bahan fresh dan bukan di proses – dada ayam adalah bahagian yg paling tinggi protein dan kurang lemak. so selalu pilih dada ayam berbanding bahagian lain – elakkan menggunakan sos cili, sos tiram gantikan dengan natural herbs dan fresh food seperti bawang, halia, cili. Masak makanan sihat itu mudah dan menjimatkan wang. Bonus badan pun kurus secara sihat.

1. AYAM KUKUS HALIA BERGAJUS

Bahan-Bahan

  • Isi Ayam bahagian dada yang telah dibuang kulit
  • Bawang Putih yang dihiris halus
  • Bawang Merah dihiris nipis
  • Brokoli
  • Bunga kubis
  • Cendawan dan Kulat Hitam
  • Serai yang dihiris halus
  • Kacang Peas
  • Capsicum dihiris
  • Gajus
  • Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara-Cara

  • Gaulkan ayam dengan garam dan lada sukah secukup rasa.
  • Tabur halia, bawang putih, brokoli, kacang peas , bunga kubis , cendawan dan kulat , serai , capsicum, gajus dan bawang merah di atas ayam.
  • Kukus 15-20 minit

2. KERABU AYAM TOMATO

Bahan-Bahan

  • Isi Ayam yang telah direbus dan diracik halus
  • Bawang Besar Dihiris Nipis
  • Tomato Dihiris Nipis
  • Cili Padi
  • Air asam jawa
  • Garam dan Gula secukup Rasa
  • Air perahan limau kasturi

Cara-Cara:
Gaul kesemua bahan.Perah limau kasturi.Masukkan gula dan garam secukup rasa.

3. SUP AYAM

Bahan-Bahan

  • Isi Ayam yang telah dibasuh dan dibuang kulit
  • 2 Ulas Bawang Putih
  • 3 Ulas Bawang Merah
  • 1 Biji Bawang Besar
  • Lobak Merah dan Kentang dipotong dadu
  • Kulit Kayu Manis
  • Bunga Cengkih
  • Buah Pelaga
  • Lada Hitam
  • Daun ketumbar ( hiasan )
  • Garam secukup rasa

Cara-cara

  • Blend Bawang Putih , Bawang Merah dan halia.
  • Rebus isi ayam.
  • Masukkan bahan bahan yang telah diblend bersama kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga ke dalam rebusan ayam.
  • Biarkan beberapa minit kemudian masukkan lobak merah, kentang dan bawang besar yang telah dihiris. Garam secukup rasa.
  • Letak daun sup/ daun ketumbar untuk menaikkan aroma sup anda !

4. AYAM PANGGANG REMPAH KARI

Bahan-Bahan

  • Isi Ayam yang telah dibasuh dan dibuang kulit
  • Kunyit dan garam
  • Sedikit cili kering yang telah dikisar
  • Rempah kari
  • Daun kari
  • Halia

Cara-Cara

  • Gaul isi ayam bersama kunyit dan sedikit garam.
  • Masukkan satu sudu besar cili yang telah dikisar.
  • Gaul bersama halia dan satu sudu besar rempah kari.
  • Daun kari dan halia untuk naikkan aroma.
  • Panggang dalam magic pan selama 7-10 minit.

5. AYAM KUKUS PANDAN BERKUNYIT

Bahan-Bahan

  • Isi Ayam yang telah dibasuh dan dibuang kulit
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Kunyit
  • Jintan putih
  • Ketumbar
  • Garam secukup rasa

Cara-Cara

  • Gaul Isi ayam bersama bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus, kunyit, jintan putih, ketumbar dan garam secukup rasa.
  • Balut ayam dengan daun pandan.
  • Kukus sekama 7-10 Minit.

6. TOMYAM PUTIH THAILAND

Bahan-Bahan

  • Isi Ayam yang telah dibasuh dan dibuang kulit
  • 2 Batang Serai dipotong serong
  • Seinci Halia dihiris nipis
  • Sedikit Lengkuas dihiris nipis
  • Daun Limau Purut
  • Lobak Merah
  • Tomato
  • Bunga Kubis
  • 2 biji bawang besar dibelah 4
  • Kulat/ Cendawan
  • Cili Padi
  • Garam secukup rasa

Cara-Cara

  • Rebus isi ayam.
  • Masukkan bawang besar, halia, lengkuas, serai.
  • Kemudian masukkan daun limau purut, cili padi ( ikut selera ) dan lobak merah. Biarkan untuk beberapa minit.
  • Akhir sekali, masukkan kulat atau cendawan, bunga kubis dan tomato.
  • Jangan lupa garam secukup rasa !

7. ASAM PEDAS AYAM

Bahan-bahan

  • 2 ulas Bawang Putih
  • 1 biji bawang merah
  • Kunyit hidup
  • Satu sudu cili kering yang telah diblend
  • Cili padi
  • Serai
  • Daun limau purut
  • Isi Ayam yang telah dibasuh dan dibuang kulit
  • Garam secukup rasa

Cara-cara

  • Kisar Bawang putih, bawang merah, kunyit hidup, cili padi dan cili kering yang telah diblend.
  • Renehkan bahan bahan yang telah diblend bersama isi ayam ( Tambah air mengikut citarasa. Ada yang suka kuah pekat, ada yang suka kuah cair).
  • Masukkan serai dan daun limau purut dan biarkan ianya masak selama beberapa minit.
  • Masukkan garam secukup rasa.

8. TAUHU AYAM SUMBAT

Bahan-Bahan

  • Isi Ayam yang telah direbus dan ditumbuk lumat
  • Taugeh
  • Carrot yang dihiris halus
  • Garam
  • Lada sulah
  • Tauhu
  • Daun bawang yang dihiris halus

Cara-Cara

  • Gaulkan isi ayam , carrot , taugeh, daun bawang , lada sulah dan garam sehingga sebati.
  • Potong tauhu menyerong dan sumbatkan bahan bahan yang telah digaul di bahagian tengah tauhu.
  • Kukus selama 5-8 minit

9. SAYUR PEAS KUKUS BERSAMA AYAM

Bahan-Bahan

  • Isi Ayam yang telah dibasuh dan dibuang kulit
  • Kacang peas
  • Lobak merah
  • Putik jagung
  • Cili padi/cili besar
  • Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara

  • Gaulkan isi ayam bersama kacang peas, lobak merah dan putih jagung yang telah dipotong.
  • Potong cili padi untuk lebih pedas.
  • Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  • Kukus 5-7 Minit.

Selamat Mencuba!

Sumber Facebook : Coach Yatie Nadzli 

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: