Kuku Cantik

Nak Kuku Kilat Tapi Tak Nak Berbelanja Mahal, Anda Harus Ikuti Tip Ni

Kuku adalah anggota badan yang perlu dijaga untuk penampilan kelihatan kemas dan bersih. Walapun bahagian kecil tetapi jika kotor dan kusam pasti kelihatan kurang menarik.

Kuku anda kusam? Tiada masa pergi manicure? Tahukah anda dengan menggunakan tiga bahan ini mampu menghasilkan kuku yang kilat dan sihat. Tiga bahan ini mudah didapati dan harganya juga murah dan berbaloi.


1. Ubat Gigi
Caranya, gosokkan ubat gigi pada kuku dengan menggunakan kain kesat (tuala) atau berus. Gosok sehingga kuku nampak berkilat dan licin.

2. Kulit Telur Ayam
Goreng kulit telur ayam kemudian tumbuk sehingga menjadi serbuk. Gosok pada kuku sehingga kilat.

3. Limau Nipis dan Buah Belimbing
Perahkan tiga biji limau nipis, kemudian ambil airnya dan campur sedikit air biasa. Rendamkan tangan di dalamnya selama 15 minit. Kemudian ambil belimbing buluh dan gosok pada kuku. Bilas tngan seperti biasa dan kuku akan nampak lebih berkilat.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *