Farizal Marlias Vs Melaka United

Nasib Farizal diputuskan Ahad ini

KUALA LUMPUR: Nasib penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohd Farizal Marlias, akan diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang dijangka berlangsung hujung minggu ini.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John, berkata pihaknya sudah menghantar surat kepada Mohd Farizal melalui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), kelmarin.

“Surat itu menyatakan laporan pengadil perlawanan dan menjelaskan mengapa kad merah dilayangkan kepada Mohd Farizal.

“Keputusan belum dibuat. Saya jangka Jawatankuasa Tatatertib akan bermesyuarat hujung minggu ini. “Bukan sahaja kes Mohd Farizal, malah beberapa kes lagi turut akan dibincangkan pada mesyuarat itu,” katanya kepada BH Sukan, hari ini.

Mohd Farizal dilihat bakal berdepan hukuman AFC selepas tindakannya menolak pengadil pada aksi separuh akhir kedua Piala AFC Zon Asia Tenggara pada 31 Mei lalu. Pada aksi berdepan kelab Filipina, Ceres Negros FC itu, tindakan luar jangkaan Mohd Farizal turut menyebabkan dia dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan.

JDT tewas 1-2 kepada Ceres Negros, sekali gus tersingkir dari saingan Piala AFC menerusi kiraan gol tempat lawan walaupun agregat terikat 4-4.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Analisa: JDT Sumbang 63.14% Mata Kepada MA Ranking Malaysia

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: