Natxo Insa Janji Beri Aksi Terbaik Jika Diturunkan

Natxo Insa Janji Beri Aksi Terbaik Jika Diturunkan

Johor Darul Ta’zim (Johor DT) menanam tekad untuk bangkit memburu kemenangan apabila memulakan pusingan kedua saingan Kumpulan D, berdepan Sarawak di Stadium Negeri, Kuching malam ini.

Kekalahan 2-3 kepada Selangor dalam aksi terakhir pusingan pertama, baru-baru ini bagaikan meningkatkan motivasi setiap pemain untuk turun dengan corak permainan lebih ampuh.

[AdSense-B]

Malah kelibat Natxo Insa yang dianggap pemain libero bagi skuad Harimau Selatan itu tampak bersedia untuk memberi persembahan terbaik apabila berdepan skuad Bujang Senang yang memiliki kekuatan tersendiri ketika beraksi di halaman mereka.

JDT ke sarawak 2

“Saya bersedia untuk diturunkan dan ingin merasai kehangatan piala berprestij itu selepas kerap direhatkan kerana menumpukan persiapan aksi Liga Super.

[AdSense-B]

“Apapun, tumpuan kini terarah kepada aksi Piala Malaysia dan kami juga meletakkan sasaran untuk cuba memenangi piala itu yang belum pernah dimenangi. Saya optimis kami mampu lakukan.

“Walaupun kami pernah tewaskan Sarawak 4-0 tapi itu cerita lama. Kali ini kami tetap akan turun dengan misi memburu kemenangan walaupun beraksi di gelanggang lawan,” kata Insa.

Sumber: Harian Metro

Baca juga: Guerra, Natxo, Cabrera, Ghaddar Dan Gary Dibawa Ke Sarawak

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: