Natxo Insa Permata Baru Jdt

Natxo Insa Permata Baru JDT – Morais

Persembahan pemain kacukan, Ignacio Natxo Insa mendapat pujian ketua jurulatih JDT, Ulisses Morais selepas JDT berjaya menewaskan Pulau Pinang 2-0 di Stadium malam kelmarin.

Menurus Morais, Natxo memainkan peranan penting apabila berjaya bertindak sebagai pemain libero mengemudi jentera tengah dan dalam masa sama berupaya bertahan serta mengerakkan serangan.

[AdSense-B]

Katanya, kehadiran pemain itu jelas membuatkan tugas kapten pasukan, Safiq Rahim tampak lebih mudah untuk melancarkan serangan, selain dibantu aksi konsisten Amirul Hadi Zainal bertahan dan menyekat barisan tengah lawan.

“Tidak dinafikan peranan Natxo Insa di posisi tengah memberi kekuatan buat JDT yang sentiasa menguasai perlawanan. Dia bukan sahaja bertindak sebagai pemain tengah bertahan malah mampu melancarkan serangan.

natxo insa jdt 1

“Dia hampir mencetak nama selaku penjaring selepas dua percubaan pada babak kedua terkene palang dan tiang gol. Saya anggap dia adalah permata baru buat JDT.” katanya.

Mengulas lanjut, Morais yang berasal dari Portugal jelas gembira dengan kemenangan pertama selaku pembimbing skuad Harimau Selatan namum mengakui berdepan cabaran selepas hanya memiliki tempoh seminggu membuat persiapan.

[AdSense-B]

Morais dilantik membimbing JDT bagi mengantikan Benjamin Mora yang kini kembali membimbing JDT II.

Baca juga: Morais Yakin JDT Mampu Jadi Juara

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: