Noraini Ahmad

Noraini Ahmad Tanding Ketua Wanita UMNO

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr Noraini Ahmad adalah antara calon yang menyerahkan borang pencalonan selepas Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil semalam, mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan itu pada pemilihan parti.

Difahamkan Noraini yang juga EXCO Pergerakan Wanita UMNO menyerahkan borang pencalonannya, petang ini.

Turut bersama beliau menghantar borang pencalonan adalah Ketua Penerangan Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Rosni Zahari yang akan bertanding bagi jawatan Naib Ketua Wanita UMNO.

Semalam, Shahrizat dalam satu kenyataan mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti itu hujung bulan ini kerana mengambil kira dan memandang serius suara lantang rakyat yang mahu melihat perubahan dan pembaharuan dalam UMNO.

Berikutan pengumuman itu, Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Azizah Mohd Dun, mengesahkan akan bertanding calon Ketua Wanita UMNO dalam pemilihan sayap parti itu pada 23 Jun ini.

Azizah dilaporkan berkata, beliau sukarela menawarkan diri susulan keputusan Shahrizat tidak mahu mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak 2008 demi mengukuhkan kembali saf kepimpinan Wanita UMNO.

CALON KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA BAGI PENGGAL 2018 – 2021

Datuk Dr Noraini Ahmad

  • Ahli Parlimen Parit Sulong, Johor sejak tahun 2008 hingga kini.
  • Penolong Setiausaha Wanita Barisan Nasional Malaysia
  • EXCO Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
  • Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Parit Sulong
  • Pengerusi Pertubuhan Ahli Parlimen Wanita Komanwel (CWP) sejak tahun 2016
  • Berkelulusan Ijazah Kedoktoran (PhD) Doctor of Philosophy (Development Management), School of Law, Govt and International Studies di Universiti Utara Malaysia,
  • Sarjana dalam bidang Pengurusan Peniagaan dari Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)
  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perdagangan (Analisa Kuantitif dan Kewangan) dari University of Saskatchewan, Kanada.

Sumber: Berita Harian

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: