Ahmad Shahrul Azhar 250717

PAFA Harap PBNJ Sedia Kuota 200 Tiket Untuk Penyokong Perak

 

Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Ahmad Shahrul Azhar Sofian berharap agar Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dapat menyediakan kuota tiket yang sama seperti kuota yang disediakan oleh Pafa kepada penyokong JDT bagi menyaksikan aksi separuh akhir pertama TM Piala Malaysia 2017 di Stadium Perak, semalam.

Menurut Ahmad Shahrul Azhar yang juga pengurus skuad Perak, telah pun ada perjanjian bersama (mutual understanding) berhubung perkara berkenaan antara kedua-dua persatuan bagi menyediakan peruntukan tiket kepada penyokong lawan.

Bagaimanapun katanya, bagi mana-mana pihak yang pergi sendiri, ia adalah di bawah tanggungjawab sendiri.

“Saya ambil pendekatan, bila kita bagi 200 tiket kepada penyokong JDT, kita harap pihak PBNJ juga akan beri 200 tiket kepada kita.

“Oleh itu, kita harap ehsan mereka untuk berikan tiket kepada kita dalam jumlah yang sama,” katanya pada sidang media di pejabat Pafa, petang tadi.

Sumber: Sinar Harian

Baca juga: Gol Tempat Lawan Bakal Jadi Badi Buat Perak – Mehmet Durakovic

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: