Fernando Marquez

Pemain Baru JDT 2018: Fernando Marquez

Pagi ini, Johor Southern Tigers melalui laman fanpage rasmi mereka telah mengumumkan kedatangan penyerang import terbaru dari Argentina iaitu Fernando Marquez yang perlu didaftarkan dalam tempoh terdekat memandangkan jendela perpindahan kedua akan ditutup dalam beberapa hari lagi.

Pemain ini berasal dari kelab Belgrano tetapi dipinjamkan ke Defensa y Justicia dalam saingan Superliga Argentina. Pemain ini merupakan antara ‘Top 5’ penjaring terbanyak liga utama yang sukar di negara latin tersebut dan ini akan membantu memantapkan barisan serangan kami. Kami sediakan serba sedikit info mengenai pemain ini.

Biodata Fernando Andrés Márquez

Nama penuh: Fernando Andrés Márquez

Tempat lahir: Argentina

Warganegara: Argentina

Tinggi: 1.85m

Tarikh lahir: 10 April 1987 (sumber transfermarkt.com)

Umur: 31 tahun

Posisi: Penyerang

Kerjaya Professional

2008-10 Union Santa Fe

2010-12 Crucero

2012–2017 Belgrano

2017-18 Defensa (loan)

Harapan Kami

Kami berharap pemain ini dapat menunjukan prestasi yang memberansangkan. Kelab JDT telah membeli ramai pemain import yang dikatakan membazir dan pemilik sanggup untuk membazir lagi. Moga pembaziran kali ini setimpal dengan apa yang akan diperolehi.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *