Harry Novillo

Pemain Baru JDT 2018: Harry Novillo

Pada 28 Mac yang lalu, pihak Johor Southern Tigers telah mengumumkan secara rasmi kemasukan Harry Novillo sebagai pemain import JDT yang baru dan akan didaftarkan pada jendela perpindahan bulan Mei depan.

Berdasar pengumuman tersebut, JDT berasa sukacita dan gembira untuk memiliki pemain yang berkaliber, pemain muda yang dahagakan sesuatu pencapaian terbaik, serta ingin menjadi sebahagian daripada kelab yang paling pesat berkembang, paling bercita-cita dan bersungguh-sungguh di Asia Tenggara.

Biodata Harry Novillo

Nama penuh: Harry Novillo

Tempat lahir: Lyon, Perancis

Warganegara: Perancis

Tarikh lahir: 11 February 1992

Umur: 26 tahun

Posisi: Sayap

Kerjaya Remaja

1998–1999: Saint-Fons

1999–2010: Lyon

Kerjaya Professional

2010–2013: Lyon

2011–2012: Le Havre (loan)

2012: Le Havre II (loan)

2013: Gazélec Ajaccio (loan)

2013–2014: Mons

2014–2015: Clermont

2014: Clermont II

2015–2016: Melbourne City

2016-2017: Manisaspor

2017-2018: Baniyas Club

Pasukan Kebangsaan

2008–2009: France U17

2010–2011: France U19

2014– Martinique

Perlawanan yang terlibat

Kami berikan gambar perlawanan yang terkini yang telah disertai oleh pemain ini. Untuk mengetahui perlawanan lengkap boleh pergi ke link ini: https://us.soccerway.com/players/harry-novillo/140900/matches/

Profile pemain di transfermarkt.co.uk

Harapan Kami

Melihat kepada perlawanan terakhir pemain ini dan Harry Novillo hanya akan didaftarkan pada bulan Mei depan, maka cukuplah setahun pemain ini tidak beraksi dalam perlawanan yang kompetatif. Kami harap pihak pengurusan dapat mengembalikan prestasinya seperti ketika bermain bersama Bani Yas.

Bersama kelab tersebut, Harry Novillo kerap menjaringkan gol dan selalu menjaringkan 2 gol dalam sesuatu perlawanan. Penyokong JDT juga berharap agar dapat menjadi pengempur JDT yang terbaru dan disegani oleh semua pasukan. Sekali lagi kami ucapkan selamat datang ke kelab JDT.

Baca juga: JDT sedia cabar Pahang – Raul Longhi


Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *