P Maniam

Pemain Selangor Bermotivasi Tinggi Berdepan JDT – P. Maniam

Jurulatih Selangor, P. Maniam, mendedahkan keyakinan pemainnya berada di tahap tertinggi untuk berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Malaysia selepas dua kali menewaskan lawan yang sama pada musim ini.

Kemenangan 2-1 di Stadium Selayang dalam saingan terakhir Liga Super pada 5 Ogos lalu masih segar dalam ingatan majoriti pemain Selangor.

[AdSense-B]

Itu merupakan kemenangan kedua Selangor ke atas JDT pada musim ini selepas menang 3-2 di laman yang sama dalam saingan Piala Malaysia.

Justeru, Maniam menjelaskan pemainnya kini tidak gentar dengan kredibiliti JDT walaupun menyedari ia bukan satu tugas mudah untuk mencalarkan rekod bersih lawan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Sabtu ini.

amri lagi tinggi

“Sudah tentu ia akan memberikan keyakinan kepada pemain Selangor tetapi ia masih mengenai persembahan pada hari perlawanan. Selangor harus meneruskan komitmen yang tinggi bermain menentang JDT,” kata Maniam.

Persiapan Selangor dijamin Maniam tidak begitu terjejas biarpun dijangka kehilangan bek kiri berpengalaman, Raimi Mohd Noor, kerana kecederaan lutut.

[AdSense-B]

Beliau juga kini menunggu laporan penuh tahap kecergasan Adam Nor Azlin yang baru menjalani latihan semalam selepas beraksi dalam Sukan SEA.

“Adam mengalami kecederaan di buku lali. Kami akan tengok dalam dua, tiga hari ini dan selepas itu kami akan membuat keputusan.

“Di samping itu, Raimi juga mengalami kecederaan, jadi saya tidak fikir dia boleh bermain menentang JDT,” tambah Maniam.

Sumber: Stadium Astro

Baca juga: VIDEO: 5 Penjaring Terbanyak JDT Musim 2017

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: