Bubuk Lambok

Penangan Bubur Lambuk Gear Box

KOTA TINGGI – Sebanyak 350 bungkusan bubur lambuk gear box licin dalam tempoh tidak sampai setengah jam selepas diedarkan sempena program dianjurkan Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Taman Sri Saujana Zon 6.

Pengerusi KRT, Nizam Mohd Ajis berkata, program berkenaan turut dijayakan dengan kerjasama ahli jawatankuasa Surau Asy Syakirin.
Menurutnya, resipi bubur lambuk gear box itu diolah sendiri beliau di mana sebelum ini pernah juga menggunakan ayam dan daging sebelum tampil dengan resipi baharu.

[AdSense-B]

“Gear box kambing ini menjadi kegemaran rakan-rakan yang sama membantu, jadi tahun ini kita tampil kelainan.

“Satu periuk biasanya kami gunakan 10kg gear box serta 20kg beras dan 4kg santan bersama rempah terpilih. Agihan dibuat selepas solat asar untuk penduduk berhampiran.

“Alhamdulillah sambutan kali ini amat menggalakkan, satu periuk bubur kami masak boleh dapat sehingga 350 bungkusan habis tak sampai setengah jam,” katanya.

[AdSense-B]

Tambahnya, bubur lambuk diedarkan itu dibuat hasil sumbangan jemaah yang hadir menunaikan solat terawih di surau berkenaan.

Jelasnya, KRT dan surau amat mengalu-alukan sesiapa yang berhajat untuk menyumbang dana program bubur lambuk gear box itu boleh berurusan terus dengannya.

Sumber: Sinar Harian

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: