Penjaga-penjaga Gol JDT 2017

Penjaga gol JDT, memeningkan atau melegakan Gomez?

Musim 2017 menyaksikan pasukan JDT akan mempunyai 3 pilihan penjaga gol JDT yang pasti akan memeningkan kepala coach Mario Gomez. Atau pun, barisan penjaga gol yang ada akan memudahkan kerja beliau?

Bagi kami, Farizal Marlias, Izham Tarmizi dan Haziq Nadzli masing-masing mempunyai kredibiliti dan kelebihan. Sukar untuk coach Gomez untuk memberikan minit perlawanan yang adil kepada ketiga-tiga mereka.

Pastinya, situasi yang sama seperti musim lepas mungkin akan berlaku lagi. Sehinggakan Izham Tarmizi tidak dapat dicalonkan dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2016 kerana tidak cukup 50% perlawanan dalam Liga-M. Izham selalu diturunkan dalam perlawanan Piala AFC.

Kemungkinan besar juga, JDT akan kehilangan khidmat Izham Tarmizi pada bulan Januari ini kerana majlis perkawinannya. Moga, Izham mampu kembali kepada prestasi asal dan sentiasa meningkat walaupun telah berkahwin.

Baca juga: Izham Tarmizi Nikahi Mia Ahmad Januari Depan

Satu lagi persoalan, adakah Haziq Nadzli dapat melakukan penampilan pertama untuk JDT pada musim ini? Jika musim lepas, penjaga gol ketiga tidak pernah bermain langsung. Cuma, kami rasa Haziq mungkin akan beraksi dalam Piala Malaysia.

Berikut apa yang kami rasa mengenai ketiga-tiga penjaga gol JDT ini.

Mohd Izham Tarmizi Roslan

izham tarmizi penjaga gol jdt

Bakal berumur 26 tahun pada tahun hadapan, tidak keterlaluan jika kami katakan beliau merupakan “Most Valuable Player” (MVP) untuk JDT pada tahun 2016 ini. Ketangkasannya dalam menjaga gawang dan kelantangannya dalam menyusun barisan pertahanan di hadapan nya merupakan kelebihan utama pemain ini. Kebarangkalian beliau mampu menyelamatkan bola 1 lawan 1 apabila berhadapan pemain lawan juga sangat tinggi!

Tetapi kelemahan utama Izham Tarmizi ini sudah pasti pada saiz fizikal nya yang agak rendah. Kebiasaannya beliau mudah ditewaskan apabila pemain lawan melakukan rembatan dari jauh dan tinggi. Mungkin pada musim 2017 nanti jurulatih penjaga gol JDT, Khairul Azman Mohamad telah ada resipi untuk membantu meningkatkan permainan beliau.

Mohd Farizal Marlias

farizal marlias penjaga gol jdt

Siapa yang tidak kenal dengan pemain ini. Kemampuan beliau untuk menepis cubaan-cubaan jarak jauh dari penyerang pasukan lawan, mampu menangani perlawanan yang mempunyai tekanan tinggi dan kemampuan untuk membaca gerakan pihak lawan melalui “set-piece” menjadi aset kelebihan kepada pemain ini. Saiz fizikal beliau juga agak baik sebagai seorang penjaga gol.

Sejak kebelakangan ini, Farizal Marlias boleh dikatakan agak menurun prestasi nya. Beliau mula bermain secara sambil lewa sehingga memberikan jaringan gol kepada pihak lawan di saat-saat akhir perlawanan. Mungkin beliau merasa agak selesa dengan kedudukan nya sebagai penjaga gol utama di dalam pasukan yang menyebabkan prestasi beliau mula goyah.

Muhd Haziq Nadzli

Haziq Nadzli penjaga gol jdt

Penjaga gol muda yang berusia 19 tahun pada tahun hadapan ini dibawa masuk oleh pasukan JDT untuk menggantikan K.Sasikumar yang akan turun bermain bersama pasukan JDT2. Walaupun baru berusia belasan tahun,tapi Haziq Nadzli telah pun menjadi antara penjaga gol utama untuk pasukan Malaysia B-23 untuk skuad Sukan Sea nanti.

Fizikal badan beliau sangat bersesuaian untuk diletakkan menjadi seorang penjaga gol. Tinggi, tegap dan tangkas dalam menagkis serangan ke arah gol dari pihak lawan. Pasukan lama nya, PDRM pun lebih percaya kepada beliau dalam membarisi kesebelasan utama pasukan dalam kempen Liga Super 2016.

Pengalaman saja yang akan membezakan beliau dengan dua lagi penjaga gol JDT yang telah lama bersama pasukan. Jika Haziq Nadzli meningkatkan lagi tahap permainan beliau, kami di SemuanyaJDT tidak akan terkejut jika beliau diberikan peranan utama kepada pasukan ini.

Apa kata jurulatih penjaga gol JDT, Khairul Azman

jurulatih penjaga gol JDT khairul azman

Semua pemain berada dalam keadaan yang baik selepas berehat panjang dan kini telah kembali menjalani latihan bagi mengembalikan stamina mereka. Saya cukup yakin dengan komitmen yang diberikan oleh ketiga-tiga penjaga gol JDT dan kesungguhan tampak jelas diberikan oleh penjaga gol muda kami, Muhammad Haziq.

Ketiga-tiga penjaga gol ini sentiasa bersaing secara sihat sesama mereka dan sentiasa kekal fokus dengan misi yang telah saya tetapkan iaitu untuk mengurangkan jumlah bolos JDT pada musim 2017 nanti.

Adakah coach Gomez akan semakin pening atau lega dengan ketiga-tiga mereka?

Baca juga: Senarai lengkap pemain JDT 2017


Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: