Majlis Meraikan

Penyokong Dijemput Hadir Ke Majlis Meraikan Kemenangan Menjuarai Piala Malaysia 2017

Satu majlis sambutan besar-besaran bagi meraikan kemenangan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim sempena kejayaan menjulang Piala Malaysia 2017 akan diadakan pada 5hb November 2017 bertempat di Dataran Bandaraya Johor Bahru, Johor.

Para pemain, pegawai serta barisan kejurulatihan JDT akan diarak dengan menaiki bas khas dan akan melalui jalan-jalan berikut:

• Plaza Tol Skudai

• Lebuhraya Skudai-Johor Bahru

• Kawasan hadapan Istana Bukit Serene

• Tepian Pantai Lido

• Dataran Bandaraya Johor Bahru

Perarakan dijangka bermula dari jam 7.00 petang.

Para penyokong dipersilakan hadir beramai-ramai ke Dataran Bandaraya Johor Bahru bagi meraikan bersama-sama majlis sambutan ini. Mini karnival, persembahan artis ternama dan pertunjukan bunga api secara besar-besaran turut akan diadakan bagi memeriahkan lagi suasana sambutan. Luaskan Kuasamu Johor.

Sumber: Johor Southern Tigers

Baca juga: Piala Malaysia, JDT 2 Kedah 0, Piala Malaysia Melengkapkan Trofi Domestik JDT


Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: