Brek Hilang

Pergi Negara Lain Okey Je. Brek Moto Lelaki Perancis Dicuri, Memalukan Malaysia Betul

Pastinya ramai yang menyangka, idea mengelilingi dunia hanya boleh dicapai dengan menaiki kapal terbang sahaja. Namun, ramai yang telah membuktikan bahawa seseorang itu mampu mengelilingi dunia dengan menggunakan jalan darat atau jalan laut.

Tular baru-baru ini apabila seorang warga Perancis, Sylvain Ratichon Ract yang bercita-cita untuk mengelilingi dunia menggunakan motosikalnya, namun terpaksa ‘berehat’ ekoran angkup brek motosikalnya dicuri di Malaysia.

Baru saja sampai di Malaysia, angkup brek dicuri

Muat naik Sylvain telah tular melalui Facebook Penang Kini dan telah mendapat lebih 5 ribu tanda suka dan dikongsi orang ramai.

Sylvain yang baru sahaja tamat mengelilingi Thailand, telah membuat keputusan untuk ke Pulau Pinang bagi memulakan pengembaraannya di Malaysia. “Sepanjang perjalanan, dia tidak menghadapi apa-apa masalah, sehinggalah dia tiba di Penang.”

Kos alat ganti bagi angkup brek yang dicuri melebih 4 ribu ringgit!

Oleh itu, Sylvain telah meminta bantuan melalui satu organisasi motosikal di Facebook, dia menceritakan kisah malangnya sambil meminta bantuan ahli kumpulan tersebut bagi mencari alat ganti motornya. Paling mengejutkan, alat gantian yang diperlukan memakan kos sebanyak 1,500 Australian Dollar (RM4351).

Netizen kesal dan marah dengan insiden yang berlaku ke atas Sylvain

Muat naik berkenaan kemudiannya disebarkan sehinggalah sampai ke Facebook Penang Kini. Ramai mula menyuarakan rasa simpati terhadap lelaki berkenaan, namun pada masa yang sama mengutuk perbuatan individu tidak bertanggungjawab itu.

Semua benda boleh kena rembat di Malaysia

Sehingga kini, Sylvain masih belum memuat naik perkembangan terkininya, rentetan daripada peristiwa tersebut.

Sumber: Facebook Penang Kini

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *