Tanam Taugeh Sendiri

Guna Periuk Pengukus Tanam Taugeh Sendiri, Syaratnya Siram 4 Kali Sehari & Simpan Tempat Gelap

Mudah je rupanya mak-mak boleh tanam sendiri taugeh di rumah.Hanya gunakan periuk pengukus dan syaratnya pelu siram air 4 kali sehari serta disimpan tempat gelap.Tiga hari semai, dah boleh dituai.Malah taugehnya juga rangup,segar, manis, serta tahan lebih lama. Paling penting bebas bahan pengawet serta baja kimia.

Berikut perkongsian oleh cikpooja yang mak-mak boleh jadikan panduan;
“Ni cikpooja share pulak cara-cara nak buat taugeh homemade yea (tak perlu sebidang tanah untuk tanam taugeh..tanam kat dapo je).Rangup,manis,tahan lama. Selamat mencuba!”

Bahan-Bahan wajib ada:

  • 4-5 genggam kacang hijau direndam selama 10jam
  • Tuala Nipis Good Morning
  • Periuk Pengukus

Cara Membuat:

  • Toskan kacang hijau tersebut.Pagi rendam, petang dah boleh buat projek taugeh dah. Keter”excited”an terlebih tu kena simpan sikit yea.Taugeh tak jadi kalau tuan dia terlebih excited.
  • Bentangkan tuala good morning tu atas lubang-lubang periuk kukus. Kasi tutup lubang-lubang tu.Selapis je tau!Yang separuh lagi terlebih tu…kita nak tutup kacang nanti.

  • Taburkan kacang yang dah ditoskan serta ratakan macam dalam gambar.

  • Separuh tuala yang lebih tadi lipat semula letak atas kacang tadi.Kasi tutup cun-cun punya ya. Kalau tak nanti kacang berterabur.

  • Selepas itu, siram air dengan penuh kasih sayang supaya kacang tak berterabur.Siram bagi semua basah. Lagi banyak siram, lagi bagus.Satu hari Cik Pooja siram 4 kali.

  • Dah siram, letak susunan periuk elok-elok dan tutup comel-comel.

  • Pastikan simpan ditempat gelap.Jangan la pm Cik Pooja pulak sat gi,tanya nak simpan kat mana. Janji tempat tu gelap,kira ok la.

Okey. Settle cara nak tanam taugeh.

Step Seterusnya;

  • Ulang kaedah penyiraman 4 x sehari.
  • Pastikan setiap kali siram,buang air takungan yang ada dilapisan periuk bawah yea, untuk elak taugeh busuk. Ulang setiap kali siram.
  • senang cerita: BUKA PENUTUP-SIRAM- BUANG AIR TAKUNGAN-TUTUP SEMULA-SIMPAN
  • Masa proses penyiraman, jangan dibuka atau digodekgodek kedudukan kacang tu.Nanti dia merajuk,terus tak jadi.

PERHATIAN! Pantang larang dalam penanaman taugeh;

Jangan dibelek-belek,ditenung-tenung,dimanja-manja Cik taugeh tu ya. Cik pooja tau kome excited lebih,tapi…yang ni la pantang larang yang utama.Kalau langgar pantang larang ni,kompem-kompen arwah la taugeh kome.

Tuainya tu senang je, cabut je satu-satu taugeh tu macam kita cabut rumput.Lebih memudahkan kerja kalau buat macam tu.

Mesti ada yang tanya nanti,bila agaknya hari yang betul nak tuai taugeh ni.Okay, katakan rendam kacang pagi isnin & petang tu dah ikut step-step diatas,hari rabu InsyaAllah dah boleh tuai. Tapi pastikan penyiraman 4 kali sehari ya, InsyaAllah taugeh akan segar & comey.

Taugeh boleh tahan lama, janji dibersihkan elok-elok & toskan.Simpan dalam peti sejuk, seminggu pun masih rangup.

Semoga Bermanfaat!

Jadi buat mak-mak, bolehlah cuba tanam taugeh sendiri di rumah ikut cara yang diajar ini.

Sumber: Cik Pooja

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *