Kl Jdt Ditangguh

Perlawanan Antara Kuala Lumpur Dan JDT Ditangguh Ke Esok Petang

Aksi membabitkan pendatang baharu Liga Super, Kuala Lumpur bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa ditangguhkan susulan masalah cuaca yang melanda Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, sebentar tadi.

Permukaan padang yang basah susulan hujan lebat yang berterusan memaksa perlawanan terpaksa dihentikan seketika pada minit ke-56 sementara menunggu pengumuman rasmi dibuat pada jam 10.50 malam.

[AdSense-B]

Bagaimanapun, permukaan padang yang dilihat tidak sesuai memaksa Komisioner Perlawanan, Zahrul Nizam Salleh membuat keputusan untuk menangguhkan perlawanan dan aksi akan disambung semula esok pada jam 5 petang di venue sama.

Situasi ini sudah pasti sedikit melegakan juara Liga Super empat kali itu terutamanya selepas bergelut untuk mencari rentak apabila perlu beraksi di atas permukaan padang yang bertakung selain turut ketinggalan satu gol.

kl jdt pospon

Pada aksi terbabit, pelawat jelas mendominasi perlawanan yang menyaksikan penyerang importnya, Gonzalo Cabrera menguji gawang Kuala Lumpur seawal minit ketujuh namun dinafikan pertahanan sebelum sepakan gunting Luciano Figueroa tepat ke dakapan Kamarul Effandi tiga minit berselang.

Kuala Lumpur yang sekali sekala mengasak hampir mencemaskan JDT menerusi Paulo Josue namun percubaannya nyata belum cukup mengugat gawang yang dikawal penjaga gol skuad Bawah 23 tahun negara (B-23), Haziq Nadzli pada minit ke-16.

[AdSense-B]

JDT mensia-siakan peluang keemasan untuk mendahului perlawanan apabila gerakan Jorge Pereyra Diaz sekali lagi menghuru-harakan benteng pertahanan Kuala Lumpur, namun percubaan Figueroa tersasar meskipun gawang tuan rumah sudah terbuka luas pada minit ke-34.

Bagaimanapun, Kuala Lumpur yang lebih banyak bertahan mengejutkan JDT selepas penyudah kemas Josue berjaya mengegar gawang pelawat di hujung babak pertama dan membolehkan tuan rumah menuju ke masa rehat dengan kelebihan satu gol.

haziq vs kl

Babak kedua menyaksikan kedua-dua terpaksa mengharungi perlawanan dalam hujan dan beraksi di atas padang basah sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan bergelut untuk mendapatkan rentak perlawanan.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Indra Gesa Rakan Tenang Hadapi JDT

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: