Kesebelasan Utama JDT Vs Terengganu Away

Persembahan Kesebelasan Utama Ketika Menentang Terengganu

Umum mengetahui yang perlawanan menentang Terengganu malam tadi Ulissess Morais menurunkan pemain-pemain yang jarang diturunkan dalam kesebelasan utama. Ada diantara mereka yang membuat persembahan sulong mereka untuk musim ini. Penulis membawakan pandangan penulis berkenaan persembahan dan prestasi pemain-pemain tersebut.

HAZIQ NAZLI 

Perlawanan menentang Terengganu merupakan penampilan ketiga Haziq Nazli selepas diturunkan dua kali dalam perlawan Piala AFC. Persembahan beliau pada malam tadi sangat memberangsangkan. Pasukan Terengganu yang melakukan asakan bertubi-tubi mampu di kekang Haziq sambal dibantu barisan pertahanan.

Barisan serangan Terengganu menemui jalan buntu untuk menghasilkan jaringan. Haziq berjaya membuat tampanan berkelas dunia apabila menyelamatkan tandukan Kipre yang menyambut sepakan penjuru daripada Ridhwan di penghujung perlawanan. Keberanian beliau menyelamatkan bola tinggi juga harus diberi pujian.

AIDIL ZAFUAN

[AdSense-B]

Peranan kapten yang diberikan Morais kepada Aidil digunakan dengan baik. Beliau mampu membantutkan usaha menyerang daripada pasukan Terengganu. Kawalan bola yang baik ditunjukkan oleh Aidil sepanjang perlawanan disamping tackle-tackle bersih.

JUNIOR ELDSTAL

Penampilan kelima bersama JDT pada musim ini selepas aksi terakhir menentang Pahang dalam saingan Liga Super 2017 di Stadium Larkin. Junior yang baru pulih daripada kecederaan ‘Slip Disc’ diberi kepercayaan oleh Morais untuk menjadi benteng pertahanan.

Persembahan beliau boleh dikatakan baik. Walaubagaimanapun kadangkala dia melakukan kesilapan yang boleh membahayakan gawang JDT. ‘Clearance’ yang beliau lakukan juga sering jatuh ke kaki pihak lawan. Penulis berpendapat beliau harus mengembalikan semula kecergasan beliau disamping memperbaiki teknik kawalan bola.

HASBULLAH ABU BAKAR

Di awal permainan Hasbullah bermain dibahagian bek kanan mengambil tempat yang biasanya diisi oleh S. Kunalan. Permainan beliau pada separuh masa pertama kurang memberansangkan. Beliau gagal membantu bahagian tengah dan serangan melalui ‘overlapping’ yang biasa dilakukan pemain-pemain di posisi itu.

[AdSense-B]

Walaubagaimanapun beliau menjalankan tugas selaku pertahanan dengan baik. Pada separuh masa kedua beliau mengambil tempat Shakir Shaari yang dikeluarkan dan diganti Azrif Nasrulhaq. Peranan beliau selaku pemain tengah bertahan lebih baik dalam situasi menyerang dan bertahan. Beberapa percubaan Berjaya dilakukan Hasbullah namun sepakan beliau sering tinggi melewati palang gol.

FAZLY MAZLAN

Pemain pertahanan kiri yang meningkat naik. Namun begitu pada perlawanan malam tadi, beliau kurang mendapat support daripada pemain lain. Beliau sedikit berang apabila beliau diasak oleh dua pemain Terengganu ketika mengawal bola tetapi tidak diberikan bantuan oleh rakan-rakan sepasukan. Permainan beliau agak baik dalam kedua-dua situasi menyerang dan bertahan.

SHAKIR SHAARI

Shakir jarang mendapat tempat dalam kesebelasan utama ketika JDT dibawah kendalian Benjamin Mora. Beliau seharusnya mengambil peluang apabila diturunkan oleh Morais dalam perlawanan ini. Namun peranan beliau selaku pemain tengah bertahan gagal memberikan impak kepada pasukan.

Kawalan bola beliau juga tidak seperti dulu lagi. Mungkinkah ini adalah kesan selepas lama tidak diturunkan? Beliau dikeluarkan sebaik separuh masa kedua dan tempat beliau diambil alih oleh Hasbullah yang bermain lebih baik di posisi tersebut.

NAZMI FAIZ MANSOR

Nazmi mengambil tempat yang biasa dihuni oleh Safiq Rahim sebagai perancang utama. Permainan beliau agak tenggelam di awal perlawanan sehingga lah minit ke 35 selepas beliau mencuri bola hasil kesilapan pertahanan Terengganu dan melakukan rembatan kencang yang terkena tiang gol Terengganu.

[AdSense-B]

Permainan Nazmi meningkat apabila masuk separuh masa kedua dengan kawalan bola dan beberapa percubaan. Namun begitu beliau gagal menggerakkan jentera tengah sepertimana yang dilakukan Safiq Rahim.

AMIRUL HADI ZAINAL

Pemain yang sering mendapat tempat dalam kesebelasan utama ketika kendalian Mora. Permainan beliau pada malam tadi agak kurang menyerlah walaupun mendapat semula posisi asal beliau sebagai pemain tengah menyerang. Tidak banyak yang dilakukan Amirul Hadi dalam perlawanan ini.

SAFAWI RASHID

Pemain bawah 23 negara in agak agresif dalam perlawanan ini. Bermain disebelah kiri, beliau sering membuat larian untuk masuk memecah pertahanan Terengganu. Beberapa hantaran lintang Berjaya dilakukan Safawi tetapi gagal disempurnakan rakan penyerang.

Safawi juga berjaya menghasilkan beberapa sepakan percuma yang berbahaya. Permainan beliau boleh dikatakan baik malam tadi.

AZAMUDDIN AKIL

Azammudin merupakan pemain yang cukup lincah dibahagian kanan. Beberapa peluang untuk menjaringkan gol gagal disempurnakan. Percubaan beliau pada minit ke 8 dapat dikeluarkan oleh pertahanan Terengganu. Beliau yang mendapat hantaran ke belakang daripada Safawi gagal menyempurnakan peluang.

Peluang terbaik beliau tiba pada minit ke 49 apabila mempunyai ruang yang cukup baik untuk menjaringkan gol. Namun rembatan beliau sedikit tersasar disebelah kanan Terengganu. Azamuddin digantikan oleh Chanturu pada minit ke 82. Beliau seharusnya bijak menyempurnakan peluang yang terhidang.

DARREN LOK

Perlawanan menentang Terengganu ini merupakan perlawanan pertama musim ini selepas dilanda kecederaan masa panjang sejak penghujung tahun lepas. Darren mempunyai beberapa peluang yang boleh menghasilkan gol buat JDT. Kawalan bola yang kurang baik sering menjadi punca beliau kehilangan bola.

[AdSense-B]

Beberapa peluang melalui hantaran tinggi juga ditanduk lemah. Peluang terbaik beliau hadir pada minit ke 39 selepas melepasi perangkap offside namun diselamatkan penjaga gol lawan. Darren dikeluarkan pada mit ke 63 untuk digantikan Hazwan Bakri.

Darren perlu mengembalikan semula kecergasan beliau untuk mendapatkan pretasi terbaik beliau.

Apakah pandangan anda dengan pemain kesebelasan utama kita malam semalam?

Baca: VIDEO RANGKUMAN: Piala Malaysia 2017, Terengganu 0 Johor DT 0

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: