Piala Acl 2018

Piala ACL 2018: Dimana JDT Berada Jika Berjaya Ke Peringkat Kumpulan?

Semalam telah berlangsungnya undian peringkat kumpulan Piala ACL 2018 dan kesemua pasukan sudah mendapat kumpulan masing-masing. Terdapat 16 pasukan yang akan merebut 4 tempat dari pusingan kelayakan yang dipecahkan kepada 3 peringkat. JDT merupakan salah satu dari 16 pasukan tersebut.

JDT perlu melalui 2 peringkat kelayakan dan jika berjaya JDT akan berada dalam peringkat kumpulan. Disebabkan ranking Malaysia lebih tinggi, JDT akan memulakan perlawanan kelatakan pada peringkat ke-2. Berikut adalah gambarajah pusingan kelayakan tersebut.

[AdSense-B]

Peringkat Pertama – Prelim #1

Pada peringkat ini JDT tidak terlibat ataupun memperolehi ‘Bye’.

Peringkat kedua – Prelim #2

Pada peringkat ini JDT akan bertemu dengan Muangthong United dari Thailand. Muangthong United menjadi tuan rumah disebabkan ranking Thailand lebih tinggi dari Malaysia.

[AdSense-B]

Peringkat ketiga – Playoff

Jika JDT berjaya menewaskan Muangthong United, JDT akan bertemu dengan wakil dari Jepun diantara Cerezo Osaka atau Kashiwa Reysol, bergantung kepada keputusan perlawanan akhir Emperor’s Cup pada 1 Januari 2018 nanti. JDT akan sekali lagi bertandang ke Jepun.

Sila ingat match no dibawah ini untuk dilihat bersama dengan senarai kumpulan dari Zone Timur.

Peringkat Kumpulan

Jika JDT menang menentang pasukan dari Jepun, JDT akan berada dalam kumpulan E bersama dengan Jeonbuk Hyundai Motors FC dari Korea, Kitchee SC dari Hong Kong dan pemenang Playoff 4. JDT akan menjadi pemenang untuk Playoff 2.

[AdSense-B]

piala acl 2018 group stage

Baca juga: Adam Nor Azlin Mahu Gunakan Kejohanan AFC B23 Untuk Pikat Morais

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: