Nasib Malaysia Ma Ranking 3 Pasukan

Piala ACL: Kemenangan 3 pasukan ini boleh memberikan Malaysia slot automatik seawal bulan depan

Mengikut kebiasaannya, AFC akan mengemaskini MA ranking beberapa hari selepas FIFA mengeluarkan ranking dunia. Untuk bulan hadapan, FIFA akan mengeluarkan rankingnya pada 5 Mei 2017 dan kami jangkakan  MA ranking akan dikemaskini dalam 8 Mei 2017.

Berdasarkan pengiraan kami, keputusan yang berlaku keatas tiga pasukan ini akan membolehkan Malaysia memintas Hong Kong dalam MA ranking ke-6 bagi zon Asia Timur pada bulan hadapan. Kedudukan ini akan kekal sehingga bulan November dan akhirnya Malaysia akan mendapat satu slot automatik ke Piala ACL 2019 dan 2020.

1- Kawasaki Frontale

Kawasaki Frontale merupakan lawan kepada Eastern AA pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Eastern merupakan satu-satunya wakil dari Hong Kong dan buat masa sekarang Eastern sudah pun terkandas di peringkat kumpulan walaupun dengan baki satu perlawanan.

Kawasaki Frontale wajib menang keatas Eastern untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya. Jadi, kami menjangkakan Kawasaki Frontale akan dapat menewaskan Eastern dalam perlawanan tersebut. Ini bermakna, Hong Kong tidak mengumpul apa-apa mata untuk MA ranking bagi bulan ini.

2- JDT

jdt afc cup

JDT akan menutup tirai peringkat kumpulan dengan menentang Magwe FC di stadium Larkin. Disebabkan tersingkir dari saingan Piala FA, JDT tidak mempunyai perlawanan pada hujung minggu ini sehinggalah bertemu dengan Magwe FC pada hari Rabu hadapan.

Dengan ini, semua pemain JDT boleh mendapat rehat yang secukupnya dan bersedia sepenuhnya untuk menentang Magwe FC. Kami jangkakan JDT tidak mempunyai masalah untuk mencatatkan kemenangan di stadium keramat mereka, Stadium Larkin.

Dengan kemenangan ini, JDT akan layak ke peringkat seterusnya dan kemungkinan besar sebagai tempat kedua terbaik. JDT juga mampu memunggut lebih banyak mata untuk MA ranking.

3- Felda United

felda united afc cup

Felda United akan menentang Hanoi FC dari Vietnam pada perlawanan terakhir mereka dalam peringkat kumpulan. Perlawanan ini akan berlangsung ditempat lawan. Vietnam sekarang berada dalam tempat ke-8 MA ranking dan boleh mengumpul mata lebih banyak untuk MA ranking sekiranya dapat mara ke peringkat seterusnya.

Berdasarkan prestasi semasa Felda United memang sukar untuk menang keatas Hanoi FC. Tetapi, demi menghalang satunya wakil dari Vietnam untuk mara ke peringkat seterusnya dan mengumpul mata untuk MA ranking, Felda United perlu menang dalam perlawanan ini. Jika nasib menyebelahi Felda United juga boleh mara ke peringkat seterusnya.

Huraian dan penjelasan

Jika Eastern kalah dan JDT serta Felda United menang, hanya Malaysia akan mempunyai dua/satu wakil dalam Piala AFC untuk mengumpul lebih mata untuk MA ranking. Manakala mata untuk MA ranking Hong Kong dan Vietnam sudah terhenti kerana tidak mempunyai wakil dalam Piala ACL dan AFC.

Manakala mata yang disumbangkan oleh skuad kebangsaan untuk negara masing masing adalah sangat sedikit iaitu hanya 10% sahaja. Walaupun Vietnam dan Hong Kong menang semua perlawanan mereka, mata untuk skuad mereka masih tidak dapat menghalang dari Malaysia untuk berada di no 6 MA ranking sehingga bulan November 2017.

MA ranking semasa April 2017 untuk no 6, 7 dan 8 sahaja

MA Ranking Country 90% Club 10% Country 100%
6 Hong Kong 30.38 2.183 32.563
7 Malaysia 29.263 1.78 31.043
8 Vietnam 25.795 2.646 28.441

Kemungkinan MA Ranking untuk bulan Mei

Pengiraan ini dibuat apabila wakil dari Hong Kong dan Vietnam kalah dalam perlawanan mereka masing-masing. Sementara itu JDT dan Felda United menang perlawanan terakhir mereka.

MA Ranking Country 90% Club 10% Country 100%
6 Malaysia 31.358 1.78 33.138
7 Hong Kong 30.38 2.183 32.563
8 Vietnam 25.795 2.646 28.441

Adakah anda gembira melihat MA ranking ini? Sama-sama kita nantikan apa yang terjadi dalam perlawanan untuk ketiga-tiga pasukan yang kami sebutkan sebelum ini.

Baca juga: Highlight: Pulau Pinang 1, JDT 2, semakin gah dipuncak


Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: