Ceres Negros Fc Vs Jdt

Piala AFC 2017 : 5 Perkara Yang JDT Perlu Lakukan Untuk Menghadapi Ceres Negros FC

Mari kita throwback sedikit pada 17 Mei lepas, dimana JDT memperoleh defisit satu gol ketika melayan kunjungan Ceres Negros di Larkin dalam saingan Piala AFC 2017 kali ini. Dari permulaan, JDT dikatakan agak struggle untuk mencari bekalan dibawa nanti ke Filipina dalam aksi timbal balik di Stadium Panaad pada 31 Mei.

Dalam artikel kali ini, penulis kami menekankan beberapa perkara yang diperlukan untuk JDT dalam menghadapi Ceres di tempat lawan, sekaligus menyaksikan JDT layak ke saingan seterusnya. 5 perkara ini merupakan cadangan dari kami.

1- Isolate penyerang berkembar Ceres

Dalam hal ini, Ceres banyak menggunakan penyerang duo mereka didepan bagi melancarkan direct flow attacking yang pantas. Kita boleh lihat JDT sangat loose ketika berdepan counter yang pantas dari Ceres.

Jadi, bagi memperbaiki struktur transisi bertahan, DMF perlu ada connection dengan fullback bagi merantai penyerang duo ini. Jadinya, defensive unit JDT mesti lebih sistematik dan settle down dengan lebih pantas. Hal ini kerana Ceres amat loose membentuk formasi semula ketika diserang.

2- Ambil advantage dalam kepincangan bahagian tengah Ceres

Ceres amat lemah dalam membentuk formasi bertahan. Hal ini kerana, mereka hanya menggunakan formasi 4-4-2 sahaja ketika separuh masa pertama. Ketika itu juga, bahagia tengah mereka amat lemah dalam menstruktur semula bahagian tengah, dengan mengarahkan tiga orang pemain Ceres untuk lebih menjaga Gabi dan banyak meninggalkan peluang pada Cabrerra.

Namun JDT lebih menstrukturkan serangan di bahagian flank kanan. Jadi apa yang mereka perlu lakukan? Cadangan kami, JDT perlu amik kesempatan ke atas “kehilangan” Gabi di bahagian tengah dengan lebih membuka ruang dibahagian kiri. Mixed structure juga perlu dilakukan untuk mengkucar-kacirkan semula bahagiam tengah Ceres.

3- Kembalikan Trio Safiq-Nazmi-Afiq

safiq afiq nazmi

Tidak dinafikan, trio ini amat diperlukan dalam membentuk organisasi di bahagian tengah. Afiq dengan kebolehannya menutup ruang yang ditinggalkan Safiq atau Nazmi. Dalam menghadapi saingan di tempat lawan nanti mereka perlu diturunkan bagi membentuk ball flowing yang lebih cair dan tersusun. Oleh itu, organization formation akan lebih kerap dibentuk sekiranya mereka diturunkan dalam perlawanan tersebut.

4- Pemain pertahanan yang berpengalaman, Aidil mengantikan Dominic

Dalam perlawanan tempoh hari, kita boleh lihat kepincangan Dominic bergandingan Marcos. Kepincangan ini mungkin atas faktor kekurangan perlawanan diganding bersama dan Dominic terlalu gugup dalam perlawanan besar. Dominic pun masih muda dan banyak yang boleh dipelajari.

Jadi, Mora perlu lebih mengasah skill pertahanannya dan lebih banyak memberinya peluang kerana beliau merupakan salah seorang prospek muda JDT akan datang. Dengan kembalinya Aidil, kami rasa amatlah sesuai dikembalikan gandingan Aidil-Marcos sebagai pertahanan tengah JDT.

5- Hazwan perlu lebih accurate

Hazwan pula dilihat kurang finishing di depan gol. Banyak shot on target yang dicipta namun mungkin accuracy yang lemah menafikan percubaannya untuk menghasilkan gol. Mora nampaknya perlu lebih develop Hazwan untuk lebih kejam di hadapan gol.

Kesimpulan

Tak mustahil untuk JDT mempertahankan defisit satu gol ketika menentang Ceres di tempat lawan asalkan JDT perlu lebih fokus dan perlu mengekalkan momentum menyerang semaksima yang boleh kerana Liga Super dalam rehat yang panjang.

Coach Mora juga perlu merangka strategi dalam mempelbagaikan corak serangan dalam game yang bercorak intensiti. Sekadar pandangan kami yang tak seberapa. Anda pula bagaimana?

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: