Jdt V Ceres Negros Afcc LS

Piala AFC 2017: Apa Yang Berlaku di Setiap Zon, Bengaluru FC hampir tersingkir.

Bagi musim 2017 ini, Piala AFC dibahagikan kepada 5 Zon iaitu Asia Barat, Asean, Asia Tengah, Asia Timur dan Asia Selatan. JDT berada dalam Zon Asean. Kami bawakan status terkini bagi setiap zon dan akhir sekali disertakan dengan carta perjalan pasukan.

Zon Asia Barat

Air Force Club dari Iraq akan bertemu dengan Al Wahda dari Syria pada peringkat Zonal Final yang akan berlangsung pada 11/12 dan 25/25 September 2017. Perlawanan Zonal Final akan dijalankan secara timbal balik dan pemenang akan terus ke Final Piala AFC 2017.

Air Force dan Al Wahda hanya perlu melalui 2 perlawanan lagi untuk menempah tiket ke final. Air Force Club merupakan juara Piala AFC 2016 dan Al Wahda pula merupakan finalist untuk edisi 2004.

Zon Asean

Home United dari Singapura telah berjaya menempah satu slot ke Zonal Final. Pihak lawan akan ditentukan malam ini diantara Ceres Negros Fc ataupun JDT. Perlawanan Zonal Final juga akan dijalankan secara timbal balik pada 1/2 dan 8/9 Ogos 2017.

Namun, pemenang akan ke pusingan Interzonal Semi-Final bukan ke final seperti Zon Asia Barat. Makanya, pemenang memerlukan 4 perlawanan lagi untuk ke Final Piala AFC 2017. JDT merupakan juara untuk edisi 2015 dan Home United serta Ceres Negros FC mahu melangkah sejauh mungkin dalam kejohanan ini.

Zon Asia Tengah

Hanya satu kumpulan yang terdiri dari 4 pasukan dalam zon ini. Perlawanan terakhir peringkat kumpulan akan berlangsung malam ini dan menemukan 2 pasukan dari tangga teratas kumpulan iaitu Istiklol dari Tajikistan dan Altyn Asyr dari Turkmenistan.

Istiklol dan Altyn Asyr mengumpul mata yang sama iaitu 13 mata namun Istiktol berjaya berada di tempat pertama berdasarkan perbezaan gol. Untuk rekod, Istiklol merupakan finalis Piala AFC 2015. Juara kumpulan akan melangkah ke peringkat Zonal Semi Final.

Zon Asia Timur

Hanya satu kumpulan yang terdiri dari 3 pasukan dalam zon ini. Persaingan merebut tempat teratas diantara dua pasukan iaitu April 25 dan Kigwancha. Kedua-dua pasukan ini adalah dari Korea Utara. April 25 berada di tempat teratas dengan kelebihan 3 mata dan 1 perlawanan.

April 25 sudah mengharungi 6 perlawanan peringkat kumpulan dan Kigwacha boleh memintas kedudukan jika menang dengan keputusan 9-0 pada malam ini. Juara kumpulan akan melangkah ke peringkat Zonal Semi Final.

Zone Asia Selatan

Zon ini juga hanya mempunyai satu kumpulan yang terdiri dari 4 kumpulan. Maziya dari Maldives mengetuai kumpulan dengan perbezaan 3 mata. Mereka akan menentang pasukan dari India, Bengaluru FC pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan malam ini.

Hanya seri yang diperlukan oleh Maziya untuk menjadi juara kumpulan. Namum, Bengaluru FC boleh memintas Maziya sekiranya mencatatkan kemenangan sekurangnya 4-0 ke atas Maziya. Juara kumpulan akan melangkah ke peringkat Zonal Semi Final.

Carta perjalanan pasukan

Untuk memahami dengan lebih lanjut boleh lihat gambar rajah di bawah ini:

carta perjalanan pasukan piala afc 2017

Baca juga: Kenapa Ghaddar Tidak Dibawa ke Filipina Bertemu Ceres Negros FC?

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: