Piala AFC 2017 Zonal Semi Final

Piala AFC 2017: Apakah peluang JDT untuk ke Zonal Semi Final?

Apakah itu Zonal Semi Final? Ia adalah peringkat yang seterusnya untuk 4 pasukan yang berjaya melepasi peringkat kumpulan untuk Zon Asean. Betul, hanya 4 pasukan, bukan 16 pasukan seperti musim yang lepas dan musim lepas ade peringkat 16 pasukan terbaik.

Zonal Semi Final akan dilangsungkan secara timbal balik iaitu di tempat sendiri dan lawan. Aturannya ada ditentukan selepas tamat semua perlawanan setiap kumpulan. Terdapat 2 cara untuk 11 pasukan merebut 4 slot ke Zonal semi Final yang akan dilangsungkan pada bulan Mei.

[AdSense-B]

Baca lagi untuk lebih pemahaman: Penerangan Lengkap Format Baru Piala AFC 2017

1- Menjadi juara kumpulan (3 slot)

Berdasarkan baki 2 perlawanan peringkat kumpulan, JDT dan Global FC adalah sama iaitu Beoungket Angkor FC dan Magwe FC. Masing-masing satu perlawanan di tempat sendiri dan lawan. Untuk menjadi juara kumpulan, JDT perlu mengharapkan Global FC keciciran mata ketika menentang Beoungket Angkor FC atau Magwe FC.

Pada masa yang sama, JDT kene bangkit untuk mendapatkan mata penuh dari baki 2 perlawanan. JDT juga mempunyai kelebihan jumlah jaringan yang banyak (6 gol) berbanding Global FC (0 gol). Jika kedua-dua perkara ini terjadi, JDT akan ke peringkat Zonal Semi Final selaku juara kumpulan F.

[AdSense-B]

2- Selaku pasukan dikedudukan ke-2 terbaik (1 slot)

Melalui kriteria ini, 3 pasukan yang berada di tempat kedua dari 3 kumpulan akan dibandingkan dan yang mendapat mata tertinggi akan melangkah ke Zonal Semi Final. Tetapi ada sedikit perubahan untuk pengiraan mata untuk menentukan pasukan kedua terbaik ini disebabkan kumpulan H hanya mempunya 3 pasukan sahaja.

Jadi, untuk mendapatkan jumlah mata dari perlawanan yang sama untuk pasukan tempat ke-2 kumpulan H iaitu 4 perlawanan sahaja, Pihak AFC memutuskan mata tempat ke-2 kumpulan F dan G dikira tanpa mata yang diperolehi ketika menentang pasukan tempat terakhir.

carta kumpulan f piala afc 2017

Kita mahukan JDT menang baki dua perlawanan dan malangnya Global FC juga menang baki 2 perlawanan. Dengan ini JDT akan berada ditempat kedua dan Magwe FC di tempat terakhir. Untuk mata penentuan, tanpa perlawanan menentang Magwe FC, JDT menang 3 perlawanan dan satu kekalahan. Jadinya mata JDT adalah 9.

[AdSense-B]

Dengan 9 mata itu pastinya JDT dapat memintas mata pasukan tempat ke-2 dari kumpulan G dan H. Maka, JDT akan layak ke peringkat Zonal Semi Final selaku pasukan dikedudukan ke-2 kumpulan yang terbaik.

Kesimpulan

Bagi kami, JDT perlulah menurunkan kesebelasan utama walaupun kurang kuat dari pandangan coach Mora tapi diyakini oleh penyokong dapat memberikan kemenangan dalam baki 2 perlawanan lagi. Kami mahu JDT melangkah ke pusingan seterusnya dan meningkatkan mata lagi untuk MA ranking pula.

Baca juga: 5 sebab kenapa JDT wajib menang bertemu Melaka United

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: