5 Faktor Kemenangan JDT

Piala AFC 2017: JDT vs Global FC, 5 faktor kemenangan

14 Mac menyaksikan pertembungan hebat di antara jaguh dari Filipina, Global FC dan juara Piala AFC 2015, JDT bertempat di Stadium Tan Sri Hj. Hassan Yunos, Larkin. Pertembungan yang penuh epik itu menyaksikan JDT menang besar dengan jaringan 4 berbalas kosong. Dalam artikel kami kali ini, kami akan kongsikan 5 faktor kemenangan JDT.

1. Penguasaan midfield memihak JDT.

Memandangkan Mora tidak menurunkan trio Safiq, Afiq dan Nazmi dan dengan menurunkan Safiq-Yol-Mahali. Pada jangkaan awal kami, trio ini boleh dikatakan sukar untuk mengawal permain dan boleh mengganggu tempo, namun trio secara tidak langsung berjaya memberi penguasaan midfield yang berkesan kerana Yol dikatakan rajin mencari ruang dan mempertahankan posession ball JDT.

[AdSense-B]

Safiq pula kreatif menjana idea untuk menyerang ke kubu lawan sementara Mahali pula dikatakan agak loose ball namun recovering baik dari beliau mampu membantu jentera serangan JDT. Trio ini mampu mengawal kawasan tengah dengan cemerlang.

Heatmap: JDT vs Global FC

2. Intensiti permainan lebih stabil

JDT memulakan permainan dengan intensiti yang lebih perlahan sementara Global FC pula melakukan secara sederhana. Pada awal minit ke 10, JDT mula meningkatkan intensiti permainan dengan zon 14 yang lebih compact, penguasaan midfield yang lebih aggresif serta showmanship yang lebih berkesan.

[AdSense-B]

Ini dapat dilihat apabila Cabrerra dan Gabi sentiasa bertukar posisi bagi mengelirukan pihak lawan yang lebih menggunakan sistem classic 4-4-2. Dengan menaikan tempo perlawanan, JDT berjaya memperoleh gol pertama dari sepakan Mahali pada minit ke-30.

3. Amirulhadi rajin dan kurang melakukan kesilapan

statistik amirul hadi zainal

JDT vs Global FC: Statistik 90 minit Amirul Hadi Zainal

Yol sebelum ini lebih dikecam penyokong JDT kerana gaya permainannya yang kurang memberangsangkan tetapi mereka tidak juga menyalahkan Yol 100% kerana tahu Yol bermain di posisi yang baru.

Tetapi malam itu persembahannya tidak mengecewakan walaupun terdapat beberapa kali dia kehilangan bola apabila ditekan pemain Global FC. Yol berjaya membuat recovery dengan pantas. Apapun, kami rasa Yol wajar mendapat ucapan tahniah atas persembahan yang cemerlang.

[AdSense-B]

4. Pertahanan Global FC yang lemah

Walaupun Global FC banyak membuat asakan pada separuh masa kedua, mereka dihukum JDT dengan dua lagi gol kerana mereka sudah kurang memberi penekanan pada pertahanan mereka. Walaupun beberapa pemain Global FC melakukan marking namun tekanan dan asakan kurang dilakukan oleh mereka menyebabkan pemain-pemain JDT mampu membuat passing dalam kawasan D pihak lawan.

5. Covering dan backup tepat pada masanya

Hal ini berlaku kerana komunikasi antara pemain JDT semakin meningkat terutama  pada bahagian pertahanan dan midfield. Short pass yang pantas serta gaya permainan yang cantik dan kurang membuat kesilapan mudah membolehkan JDT menang bergaya ke atas Global FC malam itu. Namun seharusnya JDT tidak leka dengan kejayaan ini memandangkan banyak lagi yang perlu dibaiki terutamanya seringkali  loose ball dan juga ball watching.

JDT vs Global FC match statistik

Kesimpulan

Nampaknya Mora secara perlahan-perlahan dapat menyesuaikan anak didiknya dengan gaya permainan sebegini. Kami harap mereka dapat bermain dengan baik walaupun berlaku rotation. Jika ada peluang, boleh masukkan Hasbullah, Hadi Fayyadh,  Dominic Tan dan Safawi agar mereka boleh bermain di bawah peraturan feeder club.

Untuk penutup, anda bersetuju dengan 5 faktor kemenangan yang kami nyatakan diatas?

Baca juga: Piala AFC 2017: JDT 4 Global FC 0, laporan dan video highlights

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: