Boeung Ket Angkor Fc Champion

Piala AFC 2017: Kumpulan F, kenali Boeung Ket Angkor FC

JDT diundi bersama wakil dari negara Myanmar, Filipina dan Kemboja dalam kumpulan F pada Piala AFC 2017. Dalam artikel ini, kami akan menulis mengenai pasukan dari Kemboja iaitu Boeung Ket Angkor FC.

Boeung Ket Angkor FC dikenali sebagai Boeung Ket Rubber Field sebelum Januari 2015 dan pasukan ini berpengkalan di Kompongcham, Kemboja. Mereka bemain dalam liga devision pertama di Kemboja.

Gelaran: Blue Dragon Boeung Ket

Halaman: Phnom Penh Olympic Stadium, Phnom Penh (kapasiti: 50,000)

Manager: Be Makara

Jurulatih: John Mcglynn

Website: http://www.boeungketfc.com/

Kejayaan dalam Liga Kemboja

Juara (2): 2012 , 2016

Naib juara (2): 2013, 2014

Penampilan di Piala AFC

Beoung Ket Angkor FC vs Lao Toyota

Piala AFC 2017 Playoff: Beoung Ket Angkor FC vs Lao Toyota

Tahun ini merupakan penampilan pertama Boeung Ket Angkor FC dalam Piala AFC. Mereka memperolehi slot kelayakan apabila menjadi juara Liga Kemboja pada tahun 2016. Mereka berjaya menempatkan diri dalam peringkat kumpulan apabila berjaya menewaskan Lao Toyota dengan aggregate 2-1.

Pemain tumpuan

Dua penyerang import kelahiran Brazil dan Jepun iaitu Maycon Calijuri dan Tomoki Muramatsu. Tomoki Muramatsu menjaringkan gol kemenangan ketika mengalahkan Lao Toyota ketika pusingan kelayakan Piala AFC 2017.

Tomoki Muramatsu boeung ket angkor fc

Tomoki Muramatsu

Maycon Calijuri boeung ket angkor fc

Maycon Calijuri

Baca juga: Dari Arkib: Apabila Johor DT menjuarai Piala AFC 2015


Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: