Magwe Fc Sidang Media

Piala AFC 2017: Kumpulan F, kenali Magwe FC

JDT diundi bersama wakil dari negara Myanmar, Filipina dan Kemboja dalam kumpulan F pada Piala AFC 2017. Dalam artikel ini, kami akan menulis mengenai pasukan dari Myanmar iaitu Magwe FC.

Kelab ini ditubuh pada 2009 sebagai Magway Football Club oleh Htun Myint Naing, pengarah urusan Asia World Co., Ltd., dan salah seorang dari lapan pengasas Myanmar National League. Pada tahun 2012, kelab ini dinamakan semula sebagai Magwe Football Club. Kelab ini memperolehi kejuaraan pertamanya pada tahun 2016 dengan menewaskan Yangon United dalam MFF Cup dan seterusnya layak ke Piala AFC 2017.

[AdSense-B]

Gelaran: The Oil Landers

Halaman: Magway Stadium (kapasiti: 7,000)

Manager: U Soe Min

Website: http://magwayfootballclub.com/

Kejayaan di dalam Myanmar

MFF Cup Juara (1): 2016

Penampilan di Piala AFC

global fc vs magwe fc

Piala AFC: Global FC 1-0 Magwe FC

[AdSense-B]

Tidak banyak yang dapat diperkatakan bagi bagi pasukan ini memandangkan tahun ini merupakan penampilan pertama Magwe FC dalam Piala AFC. Cumanya, pada perlawanan pembukaan kumpulan F Piala AFC 2017, Magwe FC telah tewas 1-0 dengan Global FC pasukan dari Filipina.

Pemain tumpuan

Penyerang bernama Sylla Sekou dari Republic of Guinea menjadi penjaring terbanyak ketika pertandingan MFF cup. Selain itu, pertahan mereka dari Nigeria iaitu Micheal Henry Alloysius boleh menjaringkan gol. Kedua-dua pemain ini menjaringkan gol ketika menewaskan Yangon United pada final MFF cup.

barisan pemain magwe fc

Barisan pemain Magwe FC

Baca juga: 4 pemain baru JDT yang sedang “on form”

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: