Magwe FC 1 JDT 1 Gopinathan

Piala AFC 2017: Magwe FC 1 JDT 1, laporan dan video highlights

Coach Benjamin Mora membuat pertukaran pada keseluruhan kesebelasan utama berbanding dengan perlawanan sebelum ini dan keputusan yang diperolehi Magwe FC 1 JDT 1. R. Gopinathan pertama kali diturunkan bersama dengan pemain yang kurang mendapat tempat dalam kesebelasan utama.

Magwe FC 1 JDT 1 safawi rashid

JDT bermula perlahan dan Magwe FC lebih dahulu mencemaskan pintu gol JDT. Malang buat JDT apabila Hasbullah dilayangkan kad merah seawal minit ke-12 dan JDT terpaksa bermain 10 orang selepas itu. Namun, pada minit ke-27 JDT berjaya mendahului hasil jaringan R. Gopinathan. Tamat masa pertama, JDT masih dapat bertahan dari dibolosi.

[AdSense-B]

Separuh masa kedua bersambung, Magwe FC merancakan jentera serangannya. Peluang demi peluang diperolehi untuk menyamakan kedudukan hasil kealpaan benteng pertahanan. Namun, Farizal cekap mengawal pintu gol JDT. Safiq Rahim, Mahali Jasuli dan Gabriel Guerra dimasukkan untuk memantapkan JDT.

Magwe FC 1 JDT 1 gabriel guerra

Bagaimanapun, selepas lebih sejam kebal bertahan asakan Magwe FC, gawang JDT bocor akhirnya pada minit ke-89 hasil jaringan Sylla Sekou apabila pertahanan JDT gagal memintas hantaran ke Sylla. Tamat masa perlawanan Magwe FC 1 JDT 1.

[AdSense-B]

Kesebelasan utama:

Magwe FC 1 JDT 1 kesebelasan utama

Farizal Marlias, Hasbullah Abu Bakar, Amirul Hadi Zainal, Aidil Zafuan (C), Brian Ferreira, Fazly Mazlan, Shakir Shaari, R. Gopinathan (Safiq Rahim 60), S. Chanturu (Mahali Jasuli 45), Fadhli Shas dan Safawi Rasid (Gabriel Guerra 81).

[AdSense-B]

Pemain simpanan yang tidak diguna:

Haziq Nadzli, Afiq Fazail, Hazwan Bakri dan Nazmi Faiz,

Kad merah:

Hasbullah

Kad kuning:

Safawi Rashid dan R. Gopinathan

Video Highlights: Magwe FC 1 JDT 1

 Baca juga: Top 5 penjaring JDT dalam Piala AFC

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: