Global Fc Vs Jdt

Piala AFC 2017: Previu Global FC vs JDT

Pendahulu kumpulan F masih lagi jadi rebutan antara JDT dengan Global FC berikutan hanya dipisahkan satu mata sahaja antara mereka. JDT yang kini memimpin kumpulan F dalam saingan Piala AFC kali ini mengutip tujuh mata manakala Global FC pula enam mata. Dalam previu kali ini, kami mengulas serba sedikit tentang kedua-dua pasukan ini, Global FC vs JDT.

Prestasi semasa Global FC vs JDT

Pada pertembungan terakhir di Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunos, Larkin pada 14.3.2017, JDT mencatatkan kemenangan besar dengan 4 gol tanpa balas. Itu merupakan perlawanan terakhir Global FC kerana liga di Filipina belum lagi bermula. Global FC mempunyai kelebihan berdasarkan waktu rehat yang lebih.

[AdSense-B]

Manakala JDT mengalami kekalahan pada perlawanan terakhir mereka. Mereka juga perlu menghadapi perjalanan yang jauh untuk menghadapi perlawanan ini. Pastinya, mental dan fizikal pemain akan teruji ketika perlawanan esok.

Rekod 5 perlawanan terakhir

Analisa Global FC vs JDT

Melalui pemerhatian pada pertembungan terakhir antara mereka sebelum ini, Global FC turun dengan formasi 4-4-2 sebelum ini antara pasukan yang rajin create chance dari half space namun mereka lambat berbuat demikian oleh kerana zon 14 JDT sudah di kompakkan.

Manakala JDT pula yang turun dengan formasi 4-1-2-3 masih kekurangan idea menghasilkan gameplay yang menarik di midfield. Namun kemenangan pada pertembungan terakhir menentang Global FC disebabkan kerajinan pemain tengah JDT untuk menidakkan peluang Global untuk mencipta peluang dan seterusnya membahayakan pintu gol JDT.

[AdSense-B]

Pemain Tumpuan

Global FC : Misagh Bahadoran

Bagi kami, kapten Global FC ini layak diberikan pemain tumpuan kerana merupakan antara pemain terbaik dalam UFL Cup 2016 dan juga nadi dalam pasukannya. Dia dilihat sering menjadi ancaman pasukan lawan memandangkan dia merupakan penjaring utama dalam pasukannya

JDT : Afiq Fazail

PAHANG, Jengka – Johor DT’s players, Mohd Afiq Fazail (C) and Felda United FC’s players during 2017 FA Cup in action during 2017 FA Cup between Felda United FC and Johor DT at Stadium Tun Abd Razak on 14 February 2017. Photo by Zam Zainal / www.asiana.my

Tenang dalam mengemudi midfield JDT. Pemain ini layak diberi pemain tumpuan kerana dia mampu menggantikan Safiq Rahim dalam merencanakan serangan dan mencipta peluang untuk JDT. Dia dibantu dengan Nazmi dan juga Safiq mampu menghasilkan gandingan trio yang mantap.

Baca juga: Apa kabar Diaz, Lucero dan juga Hariss Harun?

 

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: