Persija Jakarta

Piala AFC 2018: Persija Jakarta Harap JDT Ke Peringkat Kumpulan Piala ACL 2018

Presiden Persija Jakarta Ferry Paulus telah menyatakan bahawa mereka lebih suka menghadapi Selangor berbanding juara Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Piala AFC.

Persija telah diundi bersama JDT, Tampines Rovers atau Geylang International dari Singapura dan Song Lam Nghe An dari Vietnam dalam Kumpulan H pada Piala AFC 2018. Walau bagaimanapun, penyertaan JDT masih bergantung kepada kejayaan mereka dalam perlawanan kelayakan Piala ACL 2018.

[AdSense-B]

Jika mereka layak untuk peringkat kumpulan, tempat mereka dalam Kumpulan H akan diambil alih oleh pasukan Selangor. Ferry memberitahu portal bola sepak Indonesia BolaSkor.com bahawa JDT adalah pasukan yang lebih hebat dibandingkan dengan Selangor atau kelab Malaysia yang lain.

JDT layak ke Piala AFC 2018

“Menghadapi JDT lebih mencabar kerana mereka sering beraksi dalam Piala AFC, tetapi saya fikir mereka akan berjaya ke peringkat kumpulan Piala ACL 2018.

“Semoga mereka dapat melayakkan diri dan Persija hanya perlu menghadapi Selangor yang pada pendapat saya merupakan pasukan yang sederhana.

[AdSense-B]

“Menentang pasukan dari Malaysia, Persija tidak akan kalah, hanya kelab Thailand yang mampu mencabar kami kerana kami sukar mendapat keputusan yang memberangsangkan menentang mereka. Tetapi menentang pasukan Malaysia, hanya JDT adalah satu-satunya pasukan yang baik,” kata Ferry.

Secara kebetulan, Persija juga telah kehilangan pertahanan tengah Brasil iaitu Wilian Pacheco berpindah ke Selangor menjelang musim 2018 ini.

Sumber: Goal.com

Baca juga: Adam Nor Azlin Dalam Senarai Kecederaan Skuad Ong Kim Swee

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: