Piala Fa 2017 Felda United 0 Jdt 2 Line Up

Piala FA 2017: Felda United 0 JDT 2, laporan dan video highlights

Sekali lagi JDT bertemu dengan Felda United selepas aksi Liga Super di Larkin beberapa minggu lepas yang dimenangi oleh JDT. Pertemuan kali ini masih berpihak kepada JDT dengan keputusan Felda United 0 JDT 2. Dengan kemenangan ini, JDT layak ke pusingan ke-3 Piala FA 2017.

[AdSense-B]

Felda United bertindak awal mencemaskan pintu gol pelawat pada minit ke-5 hasil peluang yang diperolehi oleh Matyo hasil kelalaian pertahanan JDT. Namun, pada minit ke-14 Gabriel Guerra menjaringkan gol pertama JDT hasil sepakan sudut.

piala fa 2017 felda united 0 jdt 2 gabi guerra

Namun, Felda United boleh menyamakan kedudukan pada minit ke-21 tetapi tendangan Gaston dihalang oleh tiang gol walaupun berhadapan dengan Izham Tarmizi sahaja. Perlawanan terus rancak dengan serangan dari kedua-dua pasukan tetapi kedudukan 0-1 terus kekal hingga tamat masa pertama.

[AdSense-B]

Sambung separuh masa kedua, perlawanan kembali rancak. JDT memasukan Ganzalo Cabrera mengantikan Hazwan Bakri. JDT terus mengandakan asakan melalui Mahali, Guerra dan Nazmi. Pada minit ke-64, pemain Felda United, Gaston Cellerino berjaya menjaringkan gol. Tetapi gol tersebut tidak disahkan oleh pengadil kerana offside.

piala fa 2017 felda united 0 jdt 2 gonzalo cabrera

Felda United juga menggandakan asakan melalui Hadin dan Cellerino. Namun, pada minit ke-80 Cabrera berjaya mendapatkan gol kedua JDT hasil gerakan menarik dari Guera, Safiq rahim, Mahali dan Cabrera. Keputusan ini terus kekal hingga tamat perlawanan.

Kesebelasan utama:

piala fa 2017 felda united 0 jdt 2 kesebelasan utama

Izham Tarmizi, Afiq Fazail (Hasbullah Abu Bakar 88), Amirul Hadi Zainal, Marcos Antonio, Safiq Rahim (C), Hazwan Bakri (Gonzalo Cabrera 63), S. Kunanlan, Fazly Mazlan, Mahali Jasuli, Nazmi Faiz (Shakir Shaari 76) dan Gabriel Guerra.

Pemain simpanan yang tidak diguna:

Haziq Nadzli, Azammuddin Akil, Brian Ferreira dan R. Gopinathan.

[AdSense-B]

Kad kuning:

Marcos Antonio dan S. Kunanlan

Video Highlights, Felda United 0 JDT 2

Highlights: Gonzalo Cabrera vs Felda United

Baca juga: Piala FA 2017: Previu Felda United vs JDT, rekod dan statistik

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: