JDT 4 Uitm FC 0

Piala FA 2017: JDT 4 Uitm FC 0, laporan dan video highlights

Perlawanan Piala FA kali ini menemukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan UiTM FC di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin pada 11hb Mac 2017. Keputusan akhir adalah JDT 4 Uitm FC 0.

Untuk memastikan JDT layak ke pusingan suku akhir, Benjamin Mora membariskan kesebelasan terbaiknya dengan meletakkan hampir semua pemain utama skuad Harimau Selatan untuk menentang skuad kendalian Wan Mustaffa Wan Ismail. Seawal minit ke-5, JDT hampir mendahului namun penjaga garisan terlebih dahulu mengangkat bendera ‘offside’.

JDT 4 Uitm FC 0 gonzalo cabrera

Permainan agak agresif ditampilkan oleh pasukan pelawat dengan terjahan-terjahan keras memaksa tuan rumah lebih berhati-hati melaksanakan serangan. Tindakan bijak Hazwan Bakri membawa bola dan kemudian menyilangkan bola mudah disempurnakan oleh Gonzalo Cabrera pada minit ke-19 meletakkan JDT di hadapan. Hazwan kemudiannya menanduk masuk bola hantaran Gabriel Guerra pada minit ke-21 sekaligus memberi kedudukan selesa kepada JDT dengan jaringan 2-0.

Separuh masa kedua masih didominasi oleh skuad Harimau Selatan dengan Cabrera menambah luka pelawat apabila menjaringkan gol ketiga JDT hasil bantuan dari Safiq Rahim pada minit ke-53. UiTM FC semakin tertekan apabila Fadhli Shas menjaringkan gol keempat JDT setelah berlaku perebutan bola di dalam kotak penalti menjadikan kedudukan 4-0. Kehadiran 12,755 penonton ke stadium jelas berakhir dengan kepuasan apabila JDT berjaya melayakkan diri ke pusingan suku akhir Piala FA setelah memenangi perlawanan ini. Luaskan Kuasamu Johor.

JDT 4 Uitm FC 0 fadhli shas

Kesebelasan utama:

JDT 4 Uitm FC 0 kesebelasan utam

Izham Tarmizi, Afiq Fazail, Marcos Antonio, Safiq Rahim (C), Hazwan Bakri, Gonzalo Cabrera (Azammuddin Akil 73), S. Kunanlan (Fazly Mazlan 26), Azrif Nazrulhaq, Nazmi Faiz (Mahali Jasuli 65), Gabriel Guerra dan Fadhli Shas.

JDT 4 Uitm FC 0 line up

Pemain simpanan yang tidak diguna:

Haziq Nadzli, Amirul Hadi Zainal, Aidil Zafuan dan Brian Ferreira.

Kad kuning:

Fadhli Shas

Video Highlights: JDT 4 Uitm FC 0

 Baca juga: Piala FA 2017: Jodoh JDT dan Pahang masih lagi kuat


Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: