Jodoh JDT Dan Pahang

Piala FA 2017: Jodoh JDT dan Pahang masih lagi kuat

Seperti kata orang, sekali sudah jumpa pasti nak jumpa lagi. Itulah kami ibaratkan hubungan JDT dan Pahang dan boleh dikatakan jodoh JDT dan Pahang masih lagi kuat dalam Piala FA ini.

JDT baru sahaja diundi bertemu dengan Pahang pada peringkat suku akhir Piala FA. Perlawanan ini akan berlangsung pada 31 Mac/1 April untuk suku akhir pertama dan pada 21/22 April untuk suku akhir kedua. Tarikh yang tetap masih lagi belum dikeluarkan oleh FMLLP

[AdSense-B]

Rekod pertemuan dalam Piala FA

2013 – JDT bertemu Pahang pada peringkat separuh akhir. Kemenangan berpihak kepada JDT atas kelebihan gol ditempat lawan dengan keputusan aggregate 2-2.

2014 – Sekali lagi JDT bertemu Pahang pada peringkat separuh akhir. Kali ini JDT gagal menewaskan Pahang dan keputusan aggregate 2-1.

2015 – Kali JDT dan Pahang dipertemukan seawal pusingan ke-2. Memang tak sabar sungguh nak jumpa masa musim ni. Selepas 120 minit permainan, keputusan masih lagi 1-1. Akhirnya, JDT tewas lagi melalui sepakan penalti 4-2.

[AdSense-B]

2016 – Pahang merajuk kot. Taknak jumpa JDT.

2017 – Jumpa semula di peringkat suku akhir. Gembira kan?

Pertemuan menentang Pahang memang kami nantikan. Berdasarkan jadual yang keluarkan, jika berjaya melepasi Pahang, laluan ke perlawanan akhir lebih mudah. Cuma, kene bermain bersungguh-sungguh dan jangan over yakin.

Apa pandangan anda dengan undian ini?

Undian penuh suku akhir Piala FA 2017

Baca juga: Top 5 penjaring JDT dalam Piala FA (2013 hingga sekarang)

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: