Johor Darul Ta'zim Player, Gonzalo Gabriel Cabrera (blue)  In Action During 2017 Sumbangsih Cup Match Against Kedah FA At Larkin Stadium, Johor Bahru. Pix By Rizanizam/asiana.my

Piala Malaysia 2017: Adakah Pertemuan JDT dan Kedah Akan Berlaku Seawal Peringkat Suku Akhir?

Kelmarin berakhirnya perlawanan ke-4 Piala Malaysia diantara Johor Darul Ta’zim dengan pasukan Sarawak yang berakhir dengan keputusan memihak kepada JDT 2 berbalas 0. Perlawanan yang agak menarik dan mendebarkan, serangan ke pintu gol bertali arus tanpa berhenti sehingga minit-minit terakhir perlawanan.

Sedia maklum Johor Darul Ta’zim masih berada di tangga ke-2 untuk kumpulan D iaitu berada di bawah pasukan Selangor, ini kerana pasukan Selangor menang ke atas pasukan Terengganu dengan ke putusan 3 berbalas 2 di Terengganu.

carta terkini piala malaysia 2017

Menarik di sini yang penulis cuba gariskan. Juara dan naib juara setiap kumpulan akan mara ke peringkat suku akhir. Juara dan naib juara Kumpulan A akan menentang wakil daripada Kumpulan B manakala dua kedudukan teratas Kumpulan C dan Kumpulan D akan bertemu sesama sendiri untuk slot ke separuh akhir.

[AdSense-B]

Diatas kertas menunjuk sekarang juara kumpulan C ialah pasukan Kedah dan naib juara kumpulan D adalah Johor Darul Ta’zim. Adakah kita akan menyaksikan pertembungan yang cukup sengit antara kedua-dua pasukan ini. Dengan mengambil kira prestasi semasa pasukan Selangor yang nampaknya sangat baik dan agak sukar untuk mereka tewas ketika berkunjung di Larkin nanti.

Bagi Johor Darul Ta’zim untuk mengelak kan pertembungan dengan pasukan Kedah tiada cara lain. JDT wajib menang untuk baki 2 perlawanan diperingkat kumpulan. Tidak mustahil buat pasukan JDT untuk menurunkan barisan pemain terkuat pada waktu itu.

Beberapa faktor yang penulis ambik kira seperti cuti rehat untuk Sukan Sea 2017 yang agak panjang. Untuk rekod perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Malaysia akan berlangsung selepas Sukan Sea 2017. JDT mampu memastikan kesemua pemainnya berada ditahap yang terbaik.

Selain daripada itu baki dua perlawanan tersebut bermain di stadium keramat JDT. JDT belum penah tewas lagi disini memasuki 2 musim dan yang terakhir moral pemain semakin tinggi sekiranya berjaya menjuarai Liga Super buat kali ke 4 berturut-turut pada Sabtu ini.

[AdSense-B]

Penulis merasakan keputusan baki 2 perlawanan peringkat kumpulan dinanti-nantikan oleh penyokong JDT yang kebanyakkan mahukan pertemuan JDT dan Kedah berlangsung pada separuh akhir ataupun akhir. Mereka mahukan 4 pasukan yang mara ke separuh akhir merupakan 4 pasukan yang terkuat di Malaysia buat masa ini.

Namun, adakah pertemuan JDT vs Kedah akan berlaku seawal di peringkat suku akhir? Apa pandangan anda?

Baca juga: VIDEO RANGKUMAN: Piala Malaysia 2017, Sarawak 0 Johor DT 2

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: