MALAYSIA, Johor Bahru: Azamuddin Akil Of JDT (blue) And Ugochukwu Ukah Of Selangor (yellow) During Super League Match At Larkin Stadium On Feb 11th, 2017. Photo By Nizam Rahman - Www.asiana.my

Piala Malaysia 2017: JDT Hanya Perlu Seri Untuk Juara Kumpulan D

Selepas kemenangan besar 5-0 ke atas pasukan Terengganu semalam, hari ini satu lagi perlawanan  dalam kumpulan D menemukan Selangor dan Sarawak di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Keputusan perlawanan tersebut juga penting buat JDT untuk menentukan hala tuju perlawanan terakhir kumpulan D menentang Selangor pada 9 September 2017 nanti.

SELANGOR TEWAS DI HALAMAN SENDIRI

Sarawak yang hadir ke Selayang selaku ‘underdog’ setelah peluang mereka untuk mara ke suku akhir tertutup. Walau bagaimanapun Sarawak Berjaya membuat kejutan ke atas pasukan tuan rumah. Perlawanan di Selayang berakhir dengan kemenangan 2-1 Sarawak ke atas pasukan Selangor.

[AdSense-B]

Keputusan ini meletakkan JDT sebagai pendahulu kumpulan D dengan 10 mata mengatasi Selangor yang juga memperolehi 10 mata dengan kelebihan perbezaan jaringan.

carta terkini piala malaysia 2017

JDT HANYA PERLU SERI

selangor vs jdt azhan

Perlawanan terakhir kumpulan D diantara JDT dan Selangor pada 9 September 2017 akan datang amat penting untuk kedua-dua pasukan bagi menentukan juara kumpulan setelah kedua-dua pasukan mengesahkan tempat di peringkat suku akhir lebih awal.

[AdSense-B]

Perlawanan tersebut akan berlangsung di stadium keramat JDT, Stadium Tan Sri Hj. Hassan Yunos, Larkin. Berdasarkan kedudukan semasa kumpulan D, JDT hanya memerlukan keputusan seri pada perlawanan tersebut untuk menjuarai kumpulan.

Sekiranya JDT berjaya menjuarai kumpulan D, JDT akan bertemu dengan naib juara kumpulan C di peringkat suku akhir nanti.

Baca juga: Gol Lewat Hariss Harun Memberikan Kemenangan Kepada Home United

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: