Piala Malaysia 2017 JDT Vs Sarawak Gambar Depan

Piala Malaysia 2017: JDT Mengetuai Kumpulan D Selepas Menewaskan Sarawak

JDT memulakan kempen Piala Malaysia 2017 dengan langkah kanan apabila dengan mudah menewaskan Sarawak dengan keputusan 4-0. Dengan kemenangan ini JDT berada di tangga teratas kumpulan D selepas satu lagi perlawanan berkesudah seri.

Coach Morais melakukan beberapa pertukaran pemain dalam kesebelasan utama dengan menurunkan Izham, Azrif, Marcos, Fadhli, Kunanlan, Natxo, Afiq, Safiq, Guerra, Hazwan dan Cabrera. 4 gol JDT dijaringkan oleh Marcos Antonio, Gabriel Guerra (2 gol) dan Natxo Insa.

Separuh masa pertama

Jelas malam ni pemain muda Sarawak tidak mampu menandingi pemain JDT yang bermain dengan intensiti yang tinggi. Kebanyakkan pemain Sarawak ‘lost’ and gugup dengan ‘pressing’ yang dikenakan terhadap mereka. Natxo Insa berada dalam prestasi terbaik.

Bukan hendak menafikan kemampuan Penang and Sarawak cuma kami masih menantikan ujian sebenar buat Natxo apabila dikenakan ‘shield back four’ bila menghadapi pasukan yang gah. Setakat ni pemain tengah bertiga JDT menunjukan prestasi yang lebih cemerlang berbanding dibawah Mora.

[AdSense-B]

Natxo banyak menghubungkan bola ke atas melalui arah Cabrerra. JDT seperti kebiasaan menggunakan kelincahan Cabrerra dan Kunanlan. Cumanya, bahagian kiri JDT tidak aktif mengancam kubu lawan seperti gandingan Azinee dan Fazly sebelum ini.

JDT mendapatkan gol pertama pada minit ke-11 melalui tandukan Marcos Antonio dan gol kedua pada minit ke-26 melalui sepakan penalti Gabriel Guerra.

Separuh masa kedua

JDT lebih baru sama ada dari segi technical dan tactical. Kami merasakan seperti melihat ‘gameplay’ ketika JDT dibawah kendalian Mario Gomez. JDT menurunkan tempo supaya pemain-pemain JDT tak kepenatan apabila permainan melepasi minit ke-60. Waktu ini dapat dilihat hantaran sesama sendiri banyak dilakukan.

Sarawak cuba perbaiki kelemahan mereka tetapi mereka gagal membendung aksi cemerlang tengah bertiga JDT dan semakin huru-hara selepas kemasukkan Nazmi Faiz. JDT menaikkan balik tempo permainanan sehingga pertahanan Sarawak gagal melakukan ‘man-to-man marking’.

[AdSense-B]

Ternyata perlawanan kali ini lebih kepada aksi cemerlang Natxo yang begitu tenang mengawal permainan. Banyak serangan bermula darinya.  Acapkali pemain Sarawak ‘mati langkah’ apabila Natxo melakukan ‘sudden attack’ dengan mengutamakan bahagian Cabrerra.

Gandingan padu Natxo-Afiq dari segi defensif mahupun attacking sangat-sangat cemerlang. Sehinggakan Marcos boleh melakukan assist untuk gol debut Natxo. JDT mendapatkan gol ketiga melalui Gabriel Guerra pada minit ke-72 dan gol keempat pada minit ke-83 melalu Natxo Insa.

Keputusan perlawanan dan carta kumpulan D

carta terkini piala malaysia 2017

Baca juga: 5 Jenis Kelompok Penyokong Yang Ada di Malaysia

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: