Piala Malaysia 2017

Piala Malaysia 2017: JDT sudah layak, JDT II hampir tersingkir

Pada tahun ini, Piala Malaysia 2017 masih meneruskan format yang sama seperti musim yang lepas. Piala Malaysia 2017 akan disertai oleh 16 pasukan yang merupakan pasukan yang berjaya mendapatkan kedudukan 11 terbaik Liga Super dan 5 terbaik Liga Perdana selepas 11 perlawanan liga dilaksanakan.

JDT di Liga Super

carta terkini liga super 2017

Liga Super masih mempunyai 2 baki perlawanan untuk menentukan 11 slot ke Piala Malaysia 2017. Namun, JDT sudah berjaya mengesahkan slotnya bersama 5 pasukan yang lain iaitu Pahang, Kedah, Selangor, Perak dan Kelantan. Selebihnya, masih lagi mengejar baki 5 slot ke Piala Malaysia.

JDT juga berpeluang berada di POT pertama sekiranya berjaya mengekalkan kedudukan dalam 4 pasukan teratas dalam carta liga selepas 11 perlawanan. Dengan ini, 4 pasukan ini akan berada dalam kumpulan yang berlainan semasa undian nanti.

[AdSense-B]

Untuk rekod JDT pernah diundi bersama PKNS FC, PDRM dan Perak untuk musim 2016, Perak, ATM dan Sarawak untuk musim 2015, Kelantan, ATM dan Pulau Pinang untuk musim 2014 dan Kelantan, T-Team dan Felda United untuk musim 2013.

Pasukan manakah yang anda mahu diundi satu kumpulan dengan JDT untuk musim 2017 ini?

JDT II di Liga Perdana

carta terkini liga perdana 2017 piala malaysia 2017

Pada malam tadi berlangsungnya perlawanan ke-10 Liga Perdana dan JDT II hanya berjaya memperolehi keputusan seri menentang Negeri Sembilan di Stadium MPPJ, Pasir Gudang. Dengan hanya memperolehi satu mata, kedudukan JDT menurun ke tangga ke-6 carta Liga Perdana.

[AdSense-B]

Kedudukan JDT II pada masa ini tidak menjaminkan slot ke Piala Malaysia 2017. Dengan baki hanya satu perlawanan, JDT II perlu menang perlawanan menentang Terengganu dan pada masa yang sama mengharapakan Uitm FC kalah atau seri di tangan PKNP FC ataupun Kuala Lumpur kalah atau seri di tangan MISC-MIFA.

JDT II masih mempunyai kelebihan kerana menentang Terengganu di gelanggang sendiri, dihadapan penyokong sendiri. Diharapkan kemenangan boleh dicapai. Pada masa yang sama, PKNP FC yang dalam prestasi terbaik diharap dapat menewaskan Uitm FC walaupun bermain di gelanggang lawan.

Adakah JDT II akan menemani JDT dalam Piala Malaysia 2017?

Baca juga: Liga Super 2017: Kelantan 2 JDT 3, laporan dan video highlights

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: