HF FT Piala Malaysia Cover Selangor Home

Piala Malaysia 2017: Johor DT 3 Selangor 1, Dendam Terbalas, JDT Juara Kumpulan D

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Malaysia menemukan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Selangor di Stadium Tan Sri Hj. Hassan Yunus, Larkin. Kedua-dua pasukan berentap untuk menentukan juara kumpulan D.

[AdSense-B]

Pasukan JDT dilihat merehatkan beberapa pemain utama mereka yang baru pulang daripada kem kebangsaan. Ulisess Morais seperti biasa mempertaruhkan formasi 4-3-3 tetapi gandingan dibahagian tengah jelas menampakkan perubahan berbanding barisan kebiasaannya.

Gary Steven Robart buat pertama kalinya diturunkan selaku kesebelasan utama untuk digandingkan dengan Natxo Insa dan Nazmi Faiz Mansor untuk menggerakkan jentera serangan JDT.

Ulissess Morais

Dibahagian serangan pula, trio import JDT diturunkan seperti biasa. Junior Eldstal digandingkan dengan Fadhli Shas untuk mengemudi bahagian pertahanan JDT sambil dibantu S. Kunalan dan Hasbullah Abu Bakar yang mengambil posisi yang biasa diisi Fazly Mazlan di pertahana kiri.

Kem Selangor yang dipimpin P. Maniam pula mempertaruhkan formasi 3-5-2. Gandingan Francis Forkey Doe dan Rufino Segovia menjadi taruhan untuk menggempur gawang JDT. Barisan tengah Selangor dibarisi pemain berpengalaman Amri Yahya, Andik Vermanshah dan Saiful Ridzuan sambil dibantu K. Kannan dan Syahmi Safari di kiri dan kanan. Gandingan Ugo Ukah, Razman Roslan dan Adam Norazlin diletakkan sebagai benteng pertahanan.

[AdSense-B]

Separuh Masa Pertama

Perlawanan bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan mula mengatur serangan. Pasukan JDT dilihat lebih menguasai kawasan “Final Third” dengan hantaran-hantaran tepat. JDT bermula dengan intensiti tinggi diawal permainan.

Selangor pula cuba mengawal bahagian tengah dengan susunan yang nampak lebih kompak. JDT terpaksa menggunakan “wide area” bagi menembusi bahagian tengah lawan. Serangan melalui sebelah kiri mula menunjukkan hasil apabila hantaran lintang Gonzalo Cabrerra gagal ditangkap kemas Norazlan Razali menyebabkan bola muntah dirembat Mohammad Ghaddar untuk gol pertama perlawanan pada minit ke-17.

Mohammad Ghaddar

JDT terus cuba mengekalkan penguasaan bola melalui hantaran-hantaran pendek. Walaubagaimanapun penguasaan tersebut berjaya dikekang pemain-pemain Selangor. Selangor akhirnya berjaya menyamakan kedudukan melalu Rufino yang menanduk masuk hantaran lintang Andik Vermanshah untuk menewaskan Izham Tarmizi pada minit ke-27.

[AdSense-B]

Kegembiraan Selangor tidak bertahan lama, apabila pasukan tuan rumah kembali di depan melalui Gary Steven Robart yang menanduk masuk sepakan percuma Natxo Insa pada minit ke-29. Sepakan percuma Natxo dari sebelah kanan disambar Gary yang membuat larian untuk gol kedua JDT.

Selangor cuba bertindak balas melalui gerakan “counter attack” dari sebelah kiri dan kanan namun gagal menemui penyudah. Separuh masa pertama berakhir dengan JDT mendahului Selangor 2-1.

[AdSense-B]

Separuh Masa Kedua

JDT memulakan separuh masa kedua dengan mengeluarkan Hasbullah yang digantikan Fazly Mazlan. Kedua-dua pasukan cuba mengatur serangan. Pasukan JDT dilihat lebih menguasai bahagian tengah sambil mencari ruang. Walaubagaimanapun Selangor mempunyai peluang untuk menyamakan kedudukan apabila Ugo Ukah yang melompat tinggi untuk menanduk bola hasil sepakan penjuru Amri Yahyah sedikit tersasar.

vs Selangor

Safiq Rahim dimasukkan bagi menggantikan Nazmi Faiz pada minit ke-55 bagi menguatkan bahagian tengah JDT. Pergaduhan kecil berlaku dan mengakibatkan Ugo Ukah dilayangkan kad kuning.

JDT akhirnya memperolehi gol ketiga pada minit ke-75 apabila Mohammad Ghaddar sekali lagi meledak gol untuk menewaskan Norazlan Razali. Gol terhasil apabila percubaan Natxo Insa yang singgah ditiang gol di sambung Mohammad Ghaddar.

 

Ulisess Morais akhirnya merehatkan Ghaddar pada minit ke-79 dan memasukkan Safawi Rashid untuk membantu bahagian serangan. JDT masih lagi meneruskan serangan bagi memberi lebih tekanan kepada Selangor. Selangor melakukan dua pertukaran dengan mengeluarkan Syahmi Safari dan Andik Vermanshah yang digantikan S. Venod dan Faizzudin untuk membantu bahagian tengah.

JDT yang telah mendahului dua gol mula mengendurkan serangan dengan hanya mengekalkan “ball possesion”. Perlawanan berakhir dengan kemenangan 3-1 buat JDT. Keputusan tersebut meletakkan JDT selaku juara kumpulan D dan bakal bertemu Melaka di peringkat suku akhir nanti.

[AdSense-B]

Baca juga: Piala Malaysia : Red Giant vs Harimau Selatan, gergasi mana yang tumbang dulu?

 

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: