HF FT Piala Malaysia Cover Sarawak Away

Piala Malaysia 2017: Sarawak 0 Johor DT 2, Hanya Satu Slot Yang Tinggal Ke Suku Akhir

Selepas kekalalahan 2-3 kepada Selangor di Selayang pada 18 Julai yang lalu, kali in JDT terbang ke bumi kenyalang untuk bertemu pasukan Bujang Senang bagi meneruskan misi Piala Malaysia.

Seperti biasa, Ulissess Morais mempertaruhkan formasi 4-3-3. Walaubagaimanapun terdapat beberapa perubahan dalam kesebelasan utama JDT berbanding perlawanan Liga Super ke 18 menentang Perak rabu lalu. Marcos Antonio yang mengalami kecederaan pada perlawanan lalu digantikan oleh Aidil Zafuan sebagai pertahanan tengah.

[AdSense-B]

Dibahagian tengah pula, Afiq Fazail direhatkan dan digantikan oleh Amirulhadi Zainal manakala posisi penjaga gol pula diambil Haziq Nazli.

SEPARUH MASA PERTAMA

piala malaysia 2017 sarawak vs JDT guerra

Perlawanan separuh masa pertama bermula dengan kedua-dua pasukan cuba mencari gol awal. Sarawak yang cuba mengimbangi kekuatan pasukan JDT cuba melakukan beberapa siri serangan melalui ‘counter attack’. Sahil Suhaimi mempunyai peluang yang baik untuk melakukan jaringan pada minit ke-12, namun rembatan lemah beliau mudah ditampan penjaga gol muda JDT, Haziq Nazli.     

Bertindak balas dengan serangan Sarawak tersebut, JDT melakukan serangan balas. Fazly Mazlan berjaya melakukan rembatan deras dari luar kotak penalti walau bagaimanapun ianya melewati palang gol.

[AdSense-B]

JDT menguasai permainan dengan baik melalui hantaran-hantaran pendek dan gerakan yang menarik. Kawalan di bahagian tengah yang dikemudi Safiq Rahim dan Natxo Insa bijak mengatur serangan untuk melepasi bahagian pertahanan Sarawak yang kelihatan longgar.

piala malaysia 2017 sarawak vs JDT ghaddar gol

Hasilnya, Ghaddar berjaya meledak gol pertama buat JDT pada minit ke- 40. Gol terhasil selepas beliau yang menerima lorongan daripada Safiq Rahim bijak melepasi perangkap ‘offsaid’ dan menewaskan penjaga gol Sarawak Aidil Mohamad.

Separuh masa pertama dengan JDT mendahului pasukan tuan rumah 1-0.

SEPARUH MASA KEDUA

Separuh masa kedua bermula dengan JDT mengatur serangan bertali arus untuk menggandakan jaringan. Beberapa percubaan yang dilakukan berjaya dipatahkan oleh Aidil Mohamad.  Beberapa pertukaran dilakukan JDT untuk menggandakan serangan.

[AdSense-B]

Sarawak yang cuba mengimbangi perlawanan, sekali lagi mempunyai peluang melalui Mateo Roskam yang bijak menewaskan Haziq Nazli, walaubagaimanapun S. Kunalan yang tenang mengawal keadaan berjaya menyelamatkan gawang JDT dari dibolosi.

Pada minit ke-75, JDT memperolehi sepakan percuma diluar kotak penalti. Safiq Rahim bijak menyempurnakan sepakan percuma tersebut untuk gol kedua JDT. JDT terus mengawal permainan namun gagal menambah jaringan.

Perlawanan berakhir dengan kemenangan 2-0 buat JDT dan meletakkan JDT kekal di tangga kedua kumpulan D dengan mengumpul 7 mata dibelakang Selangor yang mendahului kumpulan dengan 10 mata selepas kemenangan 3-2 ketas Terengganu. Selangor sudah layak ke suku akhir dan tinggal satu slot untuk direbut.

Baca juga: Preview Sarawak vs JDT: 3 Mata Dicari Bagi Mencerahkan Peluang Ke Suku Akhir

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: