HF FT Piala Malaysia Cover Selangor Away

Piala Malaysia 2017: Selangor 3 Johor DT 2, Gol Amri Yahya Menafikan Kebangkitan JDT

Perlawanan Piala Malaysia ke-3 dalam kumpulan D menemukan Selangor dan Johor Darul Ta’zim. Perlawanan yang dinantikan peminat bola sepak tempatan ini berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Kedua-dua pasukan mensasarkan kemenangan dalam perlawanan ini bagi merebut takhta Kumpulan D di penghujung pusingan pertama peringkat kumpulan ini.

Selangor tampil dengan formasi 3-5-2, meletakkan Andik Vermansyah dan Forkey Doe sebagai penyerang utama. Ketiadaan 2 tonggak Selangor, Adam Nor Adzlin dan Syahmi Safari yang beraksi bersama skuad bawah 22 negara tidak merencatkan percaturan P. Maniam.

[AdSense-B]

Separuh Masa Pertama

JDT yang hadir ke Selayang dengan formasi 4-3-3 merehatkan ramai pemain utama mereka dalam kesebelasan utama mereka. Walaubagaimanapun pemain-pemain tersebut masih disenaraikan di bangku simpanan. JDT hanya menurunkan Marcos Antonio sebagai pemain import tunggal dalam kesebelasan utama.

Perlawanan nampak seimbang di awal perlawanan apabila kedua-dua pasukan mengawal sering berbalas serangan. Selangor memulakan jaringan melalui Mohd Fairuz yang menanduk masuk sepakan penjuru Raimi Mohd Noor pada minit ke-32.

amri lagi tinggi

Walaupun bola telah didakap kemas Haziq Nazli, pengadil perlawanan mengesahkan jaringan tersebut kerana bola telah pun melepasi garisan gol. Berselang 2 minit, bekas pemain JDT Amri Yahyah menambah derita JDT dengan menjaringkan gol kedua pada minit ke-34 selepas menerima lorongan Forkey Doe.

Separuh masa pertama berkesudahan dengan JDT ketinggalan 2 gol.

Separuh Masa Kedua

Bermula separuh masa kedua. JDT yang tersentak dengan 2 gol Selangor di separuh masa pertama tadi, bingkas dengan membuat dua pertukaran di bahagian sayap kiri dan kanan. Safawi Rashid dan S. Chanturu dikeluarkan dan digantikan oleh Gonzalo Cabrerra dan Gabriel Guerra.

Kemasukan 2 pemain import tersebut menambah kekuatan bahagian serangan JDT melalui kawalan bola dan gerakan-gerakan yang menguji pertahanan Selangor.

selangor vs jdt gol hazwan

Selepas beberapa siri serangan dilakukan, Hazwan Bakri berjaya memecah kebuntuan JDT dengan menjaringkan gol pada minit ke-55. Kebangkitan JDT diteruskan selepas pengendalinya Ulisess Morais melakukan perubahan taktikal dengan menggantikan Nazmi Faiz Mansor dengan Darren Lok.

JDT yang pada awalnya bermain dengan formasi 4-3-3 pada awalnya berubah kepada 4-2-4 untuk menguatkan bahagian serangan. Selangor mula tersentak apabila perubahan taktikal Morais Berjaya dimanfaatkan JDT. Darren Lok mencetak nama sebagai penjaring selepas menanduk masuk bola selepas keadaan kelam kabut dihadapan gawang Selangor pada minit ke-68.

[AdSense-B]

Kedudukan terikat 2-2 sehingga ke minit ke-89. Kebangkitan JDT dalam separuh masa kedua terbantut apabila Selangor memperolehi sepakan penalti pada minit terakhir perlawanan selepas Forkey Doe dijatuhkan dalam kotak penalti.

selangor vs jdt gol darren lok

Amri Yahyah yang mengambil sepakan tersebut menyepak dengan sempurna untuk menewakan Haziq Nazli pada minit ke 90. Jaringan kemenangan Selangor tersebut sekaligus merentap semangat kebangkitan pemain JDT.

Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada Selangor 3-2. Keputusan tersebut meletakkan Selangor sebagai pendahulu kumpulan D dengan 7 mata, manakala JDT di tangga ke-2 dengan 4 mata daripada 3 perlawanan.

[AdSense-B]

Satu lagi perlawanan kumpulan D diantara Sarawak dan Terengganu berakhir dengan keputusan 0-0 dan tidak banyak merubah kedudukan kumpulan D.

Baca juga: JDT Mempunyai Rekod Yang Seimbang Di Stadium Selayang

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: