Piala Malaysia 2017 Terengganu 0 JDT 0

Piala Malaysia 2017: Terengganu 0 JDT 0, Haziq Penyelamat JDT Dari Kekalahan

Perlawanan ke 2 Piala Malaysia kumpulan D menemukan pasukan Johor Darul Takzim dengan Terengganu. Hadir tanpa pemain import kali ini Jurulatih JDT Ulisess Morais menampilkan pemain hampir keseluruhan pemain yang berbeza daripada skuad menentang Sarawak.

Dengan formasi 4-3-3, JDT bermula garang dengan percubaan seawal minit ke 2 melalui hantaran Safawi Rashid kepada Darren Lok namun gagal dikawal kemas. Terengganu melakukan serangan balas melalui percubaan Tchetche Herman Brice Kipre namun rembatanya didakap kemas penjaga gol JDT, Haziq Nazli pada minit ke 6.

[AdSense-B]

Separuh masa pertama

Perlawanan berterusan dengan kawalan bola lebih berpihak kepada pasukan Terengganu. Pemain-pemain JDT dilihat kurang persefahaman dan mudah kehilangan bola. Terengganu terus melakukan serangan  dan hampir menjaringkan gol melalui sepakan volley Azi shahril selepas bola hantaran lintang Issey Nakajima dikeluarkan Hasbullah. Namun sepakan tersebut diselamatkan Haziq Nazli pada minit ke 13.

Pertahan JDT yg dikemudi Aidil Zafuan dan Junior Eldstal nampak goyah dengan serangan bertubi-tubi Terengganu. Pada mint ke 20 Terengganu terus menyerang, pemain yang mendapat gelaran Messi Terengganu, Mohd Faiz Nasir menggelecek masuk kedalam kawasan kotak penalti namun dijatuhkan Azammudin Akil walaubagaimanapun pengadil meneruskan perlawanan.

Piala Malaysia 2017 Terengganu 0 JDT 0 darren

Serangan yang cuba lakukan JDT mudah dipatahkan oleh Pemain Terengganu. JDT memperolehi sepakan percuma yang diambil Aidil namun tandukan susulan Darren Lok lemah dan mudah diselamatkan Suffian rahman.

Terengganu terus melakukan serangan, kali ini melalui gerakan memarik Kipre. Beliau menggelecek dan merembat cantik dari luar kotak penalti namun tersasar disebelah kiri.

[AdSense-B]

Nazmi Faiz Mansor yang agak tenggelam diawal permainan mencuri tumpuan pada mint ke35 apabila mencuri bola hasil kesilapan pertahanan Terengganu dan merembat kencang untuk menewaskan Suffian Rahman namun ianya hanya menyinggah tiang gol.

Piala Malaysia 2017 Terengganu 0 JDT 0 nazmi

Pada minit ke 41, Kipre sekali lagi mencemaskan gawang JDT selepas rembatan Kipre terkena tiang dan melantun ke belakang badan Haziq Nazli. JDT bernasib baik kerana Haziq sempat menagkap bola tersebut sebelum ianya bergolek ke dalam gol.

Separuh masa pertama berakhir dengan kedua-dua pasukan gagal menembusi gawang lawan.

Separuh masa kedua

Bermula separuh masa kedua JDT melakukan pertukaran pertama dengan memasukkan Azrif  Nasrulhaq yang menggantikan Shakir Shaari. Hasbullah yg bermain di posisi bek kanan sebelum ini mengambil tempat Shakir sebagai DMF dan tempatnya di ambil Azrif.

JDT melakukan percubaan pertamma pada minit ke 48 melalui Hasbullah yang melakukan sepakan susulan selpas seka  percuma Safawi Rasid gagal ditangkap kemas Suffian. Namun sepakan itu tersasar.

Piala Malaysia 2017 Terengganu 0 JDT 0 safawi

Minit ke 49 Azamudin Akil mempunyai ruang yang cukup baik untul menjaringkan gol, tetapi kegopohan beliau menyebabkan bola hanya meleret ke sebelah kanan gawang Terengganu.

Bahagian tengah Terengganu agak longgar do awal separuh masa kedua. Percubaan petamma Terengganu hanya terhasil pada minit ke 57 selepas sepakan sudut Faiz ke near post cuba direbut penyerang Terengganu namun Haziq Nazli sekali lagi menyelamat kan bola tersebut.

[AdSense-B]

JDT melakukan pertukaran kedua pada minit le 63 dengan mengeluarkan Darren Lok dan memasukkan  Hazwan Bakri bagi menambah bisa dibahagian serangan.

Terengganu cuba meggandakan serangan dan pada minit ke 70 issey Nakajima cuba melepasi Azrif dan bola ter kena tangan azrif di dalam kotak penalti. Tetapi pengadil meneruskan perlawanan. Minit 71, Terengganu sekali lagi cuba melakukan serangan melalui Kipre. Beliau yg menggelecek melepasi pertahanan JDT melepaskan rembetan leret, namun tersasar.

Piala Malaysia 2017 Terengganu 0 JDT 0 hazwan

Pertukaran pemain terakhir JDT dilakukan untul memberi impak dibahagian sayap dengan memasukkan S. Chanturu menggantikan Azamuddin Akil. Namun pertukaran tersebut tidak banyak memberi kesan.

[AdSense-B]

5 minit terakhir Terengganu menyerang habis-habisan namun masih gagal membuahkan hasil. Serangan paling berbahaya Terengganu hadir pada masa tambahan selepas sepakan penjuru yg fiambil ridhwan ditanduk deras oleh Kipre namun ketangkasan Haziq Nazli sekali lagi menampan keluar bola tersebut.

Piala Malaysia 2017 Terengganu 0 JDT 0 haziq

Tiupan wisel penamat oleh pengadil perlawanan menandakan tamat perlawanan. Kedua-dua pasikan berkongsi 1 mata.

Baca: Nazmi Pemain Yang Berbakat – Morais

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: