Ahmad Shahrul Azhar Sofian

Piala Malaysia 2017: Tiket Separuh Akhir Pertama Perak Bertemu JDT Dijual Khamis Ini

 

Tiket perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2017 antara Perak dan Johor Darul Ta’ zim (JDT) di Stadium Perak, Ahad ini, akan mula dijual, Khamis ini.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Ahmad Shahrul Azhar Sofian berkata penyokong boleh mendapatkan tiket di kaunter stadium mulai jam 10 pagi.

[AdSense-B]

Harga tiket untuk orang dewasa adalah RM25 untuk tempat duduk di pentas utama dan RM12 untuk tempat duduk terbuka manakala RM12 untuk kanak-kanak (tempat duduk pentas utama) dan RM5.30 untuk tempat duduk terbuka.

Selain itu, katanya, PAFA juga akan membuka kaunter di beberapa daerah lain seperti Kuala Kangsar, Gerik, Taiping dan Teluk Intan bagi melancarkan urusan penjualan tiket.

“Lokasi penjualan tiket di setiap daerah itu belum dimuktamadkan lokasinya namun kita telah minta persatuan bola sepak di daerah yang dipilih itu untuk cari lokasi strategi.

“Selain itu, penjualan tiket secara dalam talian juga dibuka menerusi www.stubapp.com/,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Stadium berkenaan boleh memuatkan seramai 32,000 penonton.

[AdSense-B]

Mengulas mengenai kuota tiket yang diperuntukkan kepada penyokong JDT,  Ahmad Shahrul, yang juga pengurus pasukan Perak, berkata ia belum dimuktamadkan dan masih dalam perbincangan.

“Sebarang kata putus kita akan tahu dalam masa terdekat melalui perbincangan yang akan dibuat,” katanya. – Bernama

Sumber: Sinar Harian

Baca juga: Mehmet Durakovic Idam Kejutkan JDT Walaupun Berdepan Krisis Kecederaan Pemain

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: