Piala Malaysia Champion

Piala Malaysia, JDT 2 Kedah 0, Piala Malaysia Melengkapkan Trofi Domestik JDT

Perlawanan akhir Piala Malaysia menemukan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT). Harapan buat penyokong JDT adalah agar Piala Malaysia dapat dijulang setelah kali terakhir ianya menjejak bumi Johor pada 1991.

3 perubahan dilakukan pengendali JDT Ulisess Morais dengan menyenaraikan Gary Steven Robart, Hazwan Bakri dan Aidil Zafuan pada perlawanan ini. 3 pemain yang sebelum ini banyak masuk selaku pemain gantian diberi kepercayaan oleh Morais dalam perlawanan penting tersebut.

Gary vs Kedah

Buat Nidzam Adzha Yusoff pula, beliau mencaturkan formasi 4-5-1 bagi menguasai perlawanan ini. Barisan terkuat yang dimiliki meletakkan Liridon Kranisqi, Sandro da Silva dan Amirul Hisyam sebagai nadi skuad Helang Merah tersebut. Ilso diletakkan sebagai penyerang tunggal sambil dibantu Badroll Bakhtiar dan Syazwan Zainon di kiri dan kanan.

[AdSense-B]

Separuh Masa Pertama

Kedah memulakan perlawanan dengan cuba melakukan serangan awal namun gagal menembusi pertahanan JDT. JDT memperolehi sepakan penjuru seawal minit ke-2. Sepakan yang diambil Safiq Rahim disambar Aidil Zafuan yang membuat larian ke arah bola untuk melakukan tandukan ke arah gol dan menewaskan Ifwat Akmal untuk gol pertama perlawanan.

Aidil vs kedah

Kedah yang tersentak dengan gol awal tersebut cuba melakukan serangan balas namun Baddrol Bakhtiar dikasari, Minit ke-6 menyaksikan Gabriel Guerra melakukan percubaan namun ianya tersasar.

Kedah dilihat gagal menembusi bahagian tengah JDT yang begitu kompak. Mereka terpaksa menggunakan hantaran-hantaran tinggi untuk memecah bahagian tengah dan pertahanan JDT. Minit ke-11 menyaksikan Ken Ilso berjaya menggelecek bola masuk dari sebelah kiri namun berjaya dikeluarkan pertahanan JDT.

[AdSense-B]

S. Kunalan dilayangkan kad kuning pertama perlawanan pada minit ke-15 setelah mengasari pemain Kedah. JDT memperolehi peluang untuk menjaringkan gol pada minit ke-21 namun percubaan Guerra yang mendapat lorongan Hazwan Bakri digagalkan Ifwat dengan cemerlang.

Ken Ilso sekali lagi berjaya mengelirukan pertahanan JDT walaubagaimanapun sedikit pertembungan berlaku antara Ilso dan Izham Tarmizi dalam usaha Izham menyelamatkan bola pada minit ke-25.

Izham vs Kedah

Kad kuning kedua buat JDT dilayangkan pengadil perlawanan kepada Guerra pada minit ke-32 selepas Guerra dilihat mengasari Liridon. Natxo Insa memperolehi peluang pada minit ke-40 selepas menerima lorongan Hazwan Bakri namun rembatannya hanya menggegar jaring tepi gawang kedah.

2 minit masa tambahan diberikan pengadil perlawanan namun tiada tambahan gol berjaya dilakukan kedua-dua pasukan. Separuh masa pertama tamat dengan JDT mendahului 1 gol.

[AdSense-B]

Separuh Masa Kedua

Kedah dilihat cuba menguasai perlawanan dalam separuh masa kedua. Kedah memperolehi peluang terbaik untuk menjaringkan gol pada minit ke-55 walaubagaimanapun tandukan Baddrol yang menyambut hantaran lintang Syazwan Zainon ditampan Izham dan terkena palang gol.

JDT terpaksa melakukan pertukaran pemain yang pertama apabila Gary Steven Robart dilihat mengalami kecederaan dibahagian peha. Afiq Fazail dimasukkan bagi menggantika Gary yang gagal meneruskan perlawanan. Pertukaran kedua dilakukan JDT setelah Aidil Zafuan mengalami kecederaan dalam usaha mempertahankan gawang dari dibolosi Kedah. Aidil digantikan Junior Eldstal pada minit ke-60.

Cabrerra vs Kedah

JDT terus menghukum barisan pertahanan Kedah apabila Gonzalo Cabrerra menjaringkan gol kedua buat JDT. Cabrerra yang menerima hantaran lintang Hazwan Bakri mudah melepasi kawalan Rizal Ghazali untuk meledak gol kedua JDT pada minit ke-63.

Kedah yang ketinggalan 2 gol cuba menggandakan asakan namun sering menemui jalan buntu. Kedah memperolehi sepakan percuma pada minit ke-67 namun sepakan Badroll Bakhtiar melambung tinggi.

Badroll sekali lagi terlepas peluang terbaik untuk merapatkan kedudukan apabila menerima hantaran daripada Sandro namun rembatannya hanya menggegar tiang gol pasukan JDT.

[AdSense-B]

Perlawanan menjadi sedikit panas dengan beberapa insiden terjahan. Walaubagaimanapun pengadil dilihat bijak mengawal situasi.

Berbaki 10 minit perlawanan JDT dilhat mengendurkan serangan. Pemain-pemain JDT hanya mengekalkan ‘ball possesion’ dengan melakukan hantaran-hantaran pendek sesama mereka. Usaha Kedah membawa masuk Farhan Roslan, Akram Mahinan dan Fitri Omar masih gagal menambah sengat dibarisan hadapan.

4 minit masa tambahan diberikan pengadil perlawanan gagal digunakan kedah untuk sekurang-kurangnya merapatkan kedudukan. JDT akhirnya mencipta sejarah memenangi Piala Malaysia bagi melengkapkan trofi kejuaraan domestik.

Champion Piala Malaysia

Tahniah Harimau Selatan!!!

Baca juga: Trofi Piala Malaysia Yang Pertama Untuk JDT

 

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: