Pkns Fc Mahali

PKNS Perlu Jinak TRW Untuk Pintas JDT

Tiada jalan lain untuk PKNS FC merampas semula kedudukan teratas Liga Super, selain menundukkan Kelantan pada aksi di Stadium Shah Alam, malam esok.

Kehadiran semula penyerang berpengalaman, Safee Sali dan tonggak pertahanan, Zac Anderson yang sebelum ini cedera diyakini mampu membantu skuad Semut Merah menebus kekecewaan tewas 3-4 kepada Kedah di gelanggang sama, 25 Februari lalu.

Pengendali PKNS, Datuk K Rajagobal mengakui sangat mengharapkan khidmat Anderson yang dianggap mampu mengukuhkan benteng pertahanan skuad bimbingannya.

[AdSense-B]

“Kami kehilangan Safee dan Zac ketika berdepan Kedah dan ketiadaan mereka sangat dirasai. Zac mempunyai kekuatan tersendiri di mana dia mampu untuk membimbing pemain lain beraksi lebih baik.

“Apapun, paling penting kami perlu meningkatkan segala kelemahan terutama di bahagian tengah. Malah, bagi saya semua pasukan Liga Super (termasuk Kelantan) musim ini dibarisi pasukan yang kuat,” kata Rajagobal yang juga bekas pengendali skuad kebangsaan.

PKNS terpaksa melepaskan status pendahulu Liga Super kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) susulan tewas kepada Kedah yang juga kekalahan pertama mereka musim ini.

Top 5 penjaring JDT dalam Piala AFC safee sali

Malah, PKNS yang kini berada di kedudukan keempat liga boleh kembali semula ke kedudukan teratas sekurang-kurangnya untuk tempoh 24 jam kerana JDT bakal berdepan Terengganu, Sabtu ini.

Sementara itu, pengurus PKNS, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid mengingatkan pemainnya supaya tidak memandang mudah kemampuan The Red Warriors (TRW) yang meraih dua kemenangan berturut-turut selepas diambil alih Yusri Che Lah.

“Kedua-dua pasukan mempunyai jurulatih baharu pada musim ini. Pastinya pertemuan ini menyajikan kelainan dan ditunggu-tunggu peminat,” katanya.

[AdSense-B]

Selepas aksi malam esok, skuad Semut Merah dan TRW akan bertemu lagi pada pusingan ketiga Piala FA di gelanggang sama, pada 17 Mac.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Igor Zonjic Tak Hirau Reputasi JDT

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: