Betik Lebat 640×381

Tip Supaya Pokok Betik Yang Ditanam Di Dalam Pasu Berbuah Lebat

Pokok betik adalah antara pilihan tanaman berbuah yang paling mudah dan senang untuk ditanam. Betik atau nama saintifiknya Carica papaya berasal dari kawasan yang mempunyai iklim tropika. Sebab itu, pokok betik walaupun dalam semak tetap masih boleh hidup.

Kalau nak tahu, pokok betik pun antara tanaman yang paling mudah untuk di tanam dalam pasu. Ini keperluan untuk tanam pokok betik dalam pasu:

SAIZ PASU
Untuk penyediaan awal bagi tujuan menanam betik dalam pasu, anda perlu sediakan bekas tanaman. Pastikan bekas yang dipilih mempunyai lingkaran antara 18 hingga 22 inci manakala kedalamannya 12-15 inci dan lengkap dengan lubang saliran.

MEDIUM TANAMAN
Seperti biasa, medium tanaman adalah kunci utama kepada kesihatan pokok, untuk pokok betik pastikan medium tanaman yang disediakan mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

  • Ringan dan mampu mengekalkan kelembapan
  • Bersaliran dan pengudaraan yang baik
  • Tinggi kandunggan organik
  • Mempunyai pH 5.5 hingga 7

SEMAIAN
Lebih mudah jika anda semai terus biji benih betik di dalam pasu atau untuk dapatkan hasil lebih cepat dan mudah, ambil anak pokok dari induknya melalui kaedah tut. Dengan kaedah tut, pokok betik bersaiz besar pun sesuai untuk di tanam di dalam pasu.

SIRAMAN
85% dari keseluruhan kandungan di dalam pokok betik adalah air. Oleh itu, tanaman ini memerlukan kadar air yang tinggi setiap hari untuk membekalkan keseluruhan keperluan pokok.

Untuk peringkat awal tanaman menjelang menjadi stabil dan matang selepas ditanam, pokok betik memerlukan jumlah air yang banyak. Banyak bukan bermaksud air nya bertakung. Jika bertakung ia akan mengancam nyawa pokok. Menjelang musim panas, untuk hasilkan buah yang sedap, siraman perlu dipertingkatkan.

PEMBAJAAN

Pokok betik merupakan tanaman yang kuat makan. Oleh itu, untuk hasilkan buah yang berkualiti dan berkuantiti, anda tidak boleh culas membaja.

Sebaiknya gunakan baja organik seperti tinja ayam siap proses sebagai baja pokok betik atau anda boleh guna baja 15:15:15. Untuk 6 bulan pertama selepas anak pokok dialihkan, letakkan 100gm baja pada medium berhampiran pangkal pokok setiap 2 minggu. Apabila menjelang matang jumlah baja perlu di naikkan kepada 200gm bagi sebatang pokok. Jika konsisten melakukan tip yang diberi, pokok betik anda akan mengeluarkan hasil yang optimum dan sedap buahnya.

Video :

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: