Jdt Vs Army United

Pra-Musim Thailand 2018: JDT Mula Langkah Kanan, Tewaskan Army United

Johor Darul Ta’zim (JDT) yang melakar kemenangan pertama menewaskan Army United FC 1-0 pada aksi persahabatan pramusim di Bangkok, Thailand, semalam mencetus keazaman untuk mempamerkan aksi konsisten pada baki dua lagi perlawanan.

Penjaga gol skuad Harimau Selatan, Izham Tarmizi Roslan mengakui betapa kesungguhan untuk mengekalkan momentum kemenangan tampak begitu tinggi dalam kalangan rakan sepasukan tatkala aksi pramusim lebih terarah membentuk persefahaman yang mantap.

[AdSense-B]

“Aksi pramusim di Thailand musim ini tidak boleh diambil mudah kerana keputusan dan prestasi pemain sepanjang perlawanan dan latihan di sana bakal memberi kesan kepada pasukan bagi menghadapi perlawanan sebenar selepas ini.

“Kemenangan ke atas Army United FC meningkatkan lagi moral kami untuk memberi persembahan lebih mantap pada baki dua perlawanan persahabatan yang dijangka lebih getir.

lucho vs army united

“Aksi terdekat kami selepas kempen pramusim adalah pusingan kedua kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) menentang Muangthong United FC pada 23 Januari ini dan kemudian berdepan Kedah dalam Piala Sumbangsih pada 3 Februari nanti,” katanya.

Izham menambah prestasi konsisten akan memberi keputusan positif bagi mengekalkan momentum menghadapi kempen kelayakan ACL dan juga saingan Liga Malaysia (Liga M) yang tampak semakin mencabar setiap musim.

[AdSense-B]

Skuad Harimau Selatan akan berdepan Chonburi FC yang beraksi di Liga Thai 1 (Thai League 1), Sabtu ini dan aksi terakhir jelajah pramusim di Thailand menentang Port FC, Isnin ini.

Sepanjang di sana, hanya Izham Tarmizi dan penjaga gol Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Samuel Sommerville berada dalam skuad itu selepas Farizal Marlias masih belum dibenarkan turun beraksi akibat penggantungan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) manakala Haziq Nadzli bersama skuad Bawah 23 Tahun (B-23) menghadapi Kejohanan AFC B-23 di Changsu, China.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: JDT Cari Formula Atasi Muangthong di Thailand

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: